ORA 07 BAKAL MEMASUKI PASARAN MALAYSIA PADA SUKU PERTAMA 2024

oleh Firdaus Razani|
Sebelum ini, Great Wall Motor Malaysia telah memberi teaser coupe EV terbaharu melalui perkongsian di media sosial Facebook yang dikenali Ora 07 dan kini ia diumumkan akan memasuki pasaran pada suku pertama tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ora 07 merupakan sebuah coupe EV yang berpandukan pada prinsip-prinsip asas dengan memberi keutamaan kepada keseronokan pemanduan serta tumpuan pada ciri keselamatan.

 

ora07

 

Sedan EV yang bakal tiba ini akan menerima peningkatan menyeluruh dalam ciri keselamatan kenderaan dengan memberi persekitaran pemanduan yang lebih selamat dan bijak.

Selain ciri keselamatan dan prestasi, ORA 07 turut mengutamakan ciri estetika yang akan bersama dengan model ORA GOOD CAT untuk menetapkan tanda aras yang berbeza dalam industri automotif Malaysia dengan reka bentuk berpaksikan fesyen.

 

ora07

 

Untuk pasaran Malaysia, coupe EV ini ditawarkan dalam dua varian iaitu motor elektrik tunggal yang boleh bergerak dengan jarak gerak sehingga 640km dan motor elektrik berkembar panduan empat roda yang mempunyai jarak gerak sehingga 550km.

 

ora07

 

Ciri-ciri lain yang ada pada ORA 07 adalah seperti sayap belakang elektrik adaptif, reka bentuk pintu tanpa bingkai, dan lain-lain yang membawa kebolehan coupe elektrik segmen-B itu untuk bersaing dalam pasaran.

GWM Malaysia berharap model ini dapat menyumbang kepada penyelesaian mobiliti lestari sambil menyediakan pilihan produk yang lebih luas kepada pengguna di Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S ini mencerminkan komitmen GWM untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman…
Model Terbaharu
Lebih dikenali dengan nama Ora Grand Cat atau Lightning Cat di sesetengah pasaran, Ora 07 merupakan…
Berita Domestik
GWM ORA 07 telah mendapat perhatian dari segi reka bentuk kereta sport yang diperkemas, serta…