Operasi SAR kapal selam hilang - isyarat objek kemagnetan tinggi dikesan

oleh SALINA JALIL|
Tentera Indonesia (TNI) mengesan isyarat satu objek dengan kemagnetan tinggi ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402 yang hilang di perairan Bali.


Jurucakap TNI, Achmad Riad ketika mengesahkan perkembangan itu pada malam Khamis berkata, isyarat daripada objek tidak dikenali berkenaan dikesan pada kedalaman 50 dan 100 meter (m).


Beliau berkata, kapal dengan alat pengesan sonar sudah dihantar ke lokasi untuk mengenal pasti objek berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kita hanya mempunyai masa sehingga 3 pagi Sabtu, jadi kita memaksimumkan semua usaha (pencarian) hari ini.

 

"Harapnya supaya ada sinar," katanya seperti dilaporkan AFP.

 

Bagaimanapun, tompokan minyak yang dikesan di kawasan kapal itu menyelam memberi petunjuk mengenai kemungkinan kerosakan tangki minyak sekali gus boleh menyebabkan bencana besar.

 

Selain itu, ada kemungkinan kapal berkenaan tenggelam pada kedalaman sehingga 700 m - paras di mana ia tidak mampu bertahan.

 

Dalam pada itu, Indonesia memperhebat operasi SAR ketika bekalan oksigen dalam kapal berkenaan dijangka hanya bertahan sehingga pagi esok.

 

Ia membabitkan pelbagai aset ketenteraan dan agensi penguat kuasa negara itu.

 

Selain itu, operasi mendapat bantuan daripada pelbagai negara termasuk Malaysia dan Singapura yang masing-masing menghantar kapal penyelamat kapal selam.

 

Selain itu, Amerika Syarikat turut menghantar bantuan aset udara, manakala dua kapal Australia dalam perjalanan untuk membantu operasi itu.

 

Semalam, India turut mengumumkan menghantar kapalnya untuk pencarian kapal selam berkenaan.

 

KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada pukul 4.25 pagi, Rabu, ketika misi latihan melakukan tembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI lain bersama-sama lima pesawat tempur serta sebuah lagi kapal selam.

 

Ketika kejadian, kapal selam itu membawa 53 kru.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Kejadian tragik itu telah mengorbankan lima mangsa termasuk salah seorang pengasas syarikat…
Berita Domestik
Kontrak pertama melibatkan kontrak sokongan perkhidmatan interim (ISS) bagi kapal selam Kelas…
Berita Global
Difahamkan, kerja-kerja pembinaan kapal selam S-26T tersebut sudah hampir siap sepenuhnya, namun…