Pengasas bersama OceanGate kini mahu hantar manusia ke planet Zuhrah

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada bulan Jun lepas, dunia dikejutkan dengan tragedi letupan kapal selam pelancong Titan milik OceanGate yang digunakan untuk melihat bangkai kapal Titanic yang karam pada 1912.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian tragik itu telah mengorbankan lima mangsa termasuk salah seorang pengasas syarikat OceanGate, iaitu Stockton Rush.

Baru-baru ini, pengasas bersama syarikat OceanGate, Guillermo Sohnlein menyatakan dalam satu temu bual bahawa dia kini menyasarkan untuk menghantar manusia ke planet Zuhrah menjelang 2050.

 

2
Stockton Rush (Kiri), Guillermo Sohnlein (Kanan)

 

Guillermo Söhnlein yang mengasaskan OceanGate bersama Stockton Rush pada tahun 2009 kemudiannya berundur pada tahun 2013, di mana dia telah menubuhkan syarikat baharu, iaitu Humans2Venus.

Dalam satu temu bual dengan laman berita Insider, Sohnlein berkata, dia berharap syarikat baharunya boleh menghantar kira-kira  1,000 manusia ke Zuhrah, yang merupakan planet paling panas dalam sistem suria.

Sohnlein berkata, “Menghantar manusia ke Zuhrah adalah satu aspirasi, tetapi saya fikir ia boleh dilakukan menjelang 2050.”

 

Sumber: Kosmo dan New York Post

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Semua lima mangsa yang berada di dalam kapal selam itu disahkan maut sekali gus menamatkan…