OP Mabuk: Doktor gigi dan jurutera ditahan memandu dalam keadaan mabuk!

oleh SALINA JALIL|
Seorang doktor gigi merupakan antara dua pemandu yang ditahan kerana didakwa memandu dalam keadaan mabuk di pulau peranginan di Langkawi, tengah malam tadi (malam Jumaat).


Doktor wanita berusia 28 tahun itu ditahan dalam Op Mabuk yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi ketika satu sekatan jalan raya di Jalan Pantai Tengah, Pandang Matsirat, kira-kira jam 12 tengah malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika ditahan, doktor wanita yang bertugas di sebuah klinik di Kuah itu gagal ujian saringan dan didapati memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi paras dibenarkan.

 

Turut ditahan sejam selepas itu, seorang jurutera yang didapati memandu dalam keadaan mencurigakan. Jurutera berumur 39 tahun itu dikatakan baru pulang daripada sebuah pusat hiburan di Pantai Cenang.

 

Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke IPD Langkawi. Hasil saringan kedua turut mendapati paras alkohol dalam badan mereka melebihi tahap ditetapkan.

 

Kedua-dua pemandu itu ditahan untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Menerusi operasi tersebut, sebanyak 35 pemeriksaan dilakukan dan 24 saman dikeluarkan ke atas pelbagai kesalahan jalan raya.

 

 

 

 

Sumber: Polis Langkawi dan Astro AWANI

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Mangsa berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian Gebeng, di sini,…
Berita Domestik
  Rempuhan yang kuat telah menyebabkan dinding rumah ibu bapanya pecah dan kereta yang dipandu…
Berita Domestik
  Perbuatan itu dilakukan di Kilometer 3.2, Jalan Pantai dari arah Teluk Kemang menghala ke Lukut…