Kes mabuk: Pemandu BMW mengaku bersalah, bayar denda RM5,500

oleh SALINA JALIL|
Seorang peniaga mengaku bersalah atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol ketika pertuduhan di Mahkamah Majistret Port Dickson, semalam.


Pengakuan itu dibuat tertuduh di hadapan Majistret Siti Huzaifah Abdul Talib sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Tertuduh, A Devarajan, 34, ahli perniagaan didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Perbuatan itu dilakukan di Kilometer 3.2, Jalan Pantai dari arah Teluk Kemang menghala ke Lukut apabila kereta BMW yang dipandu tertuduh bergesel dengan sebuah kenderaan lain jenis Honda dari arah yang sama.

 

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, memandu dalam keadaan mabuk boleh didenda tidak kurang RM1,000 tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

 

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

 

Devarajan mengangguk tanda faham dan mengaku bersalah dan Majisterat menjatuhkan hukuman denda RM5,500 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda.

 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam menjelaskan denda.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Mangsa berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian Gebeng, di sini,…
Berita Domestik
  Rempuhan yang kuat telah menyebabkan dinding rumah ibu bapanya pecah dan kereta yang dipandu…
Informasi
  Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata antara pindaan utama adalah ke atas…