Rempuhan yang kuat telah menyebabkan dinding rumah ibu bapanya pecah dan kereta yang dipandu individu tersebut remuk di bahagian hadapan.
Menurutnya, pemandu tersebut dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan ini membuatkan mereka sekeluarga tidak berpuas hati.
Perkongsian tersebut juga telah membuat warganet berasa geram kerana tindakan pemandu tersebut bukan sahaja membahayakan orang yang tidak bersalah malah membuatkan mereka yang tinggal di rumah sendiri merasa tidak selamat!
- setakat ini belum ada kenyataan rasmi atau kemas kini dari pihak polis tentang perkara ini -