Nombor pendaftaran siri JUN akan dibuka untuk bidaan, sasar RM2.5 juta kutipan

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor menyasarkan kutipan RM2.5 juta bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan siri JUN yang akan mula dibuka untuk bidaan mulai 13 Februari ini menerusi sistem bidaan nombor pendaftaran atas talian JPJeBid.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Negeri Johor menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya berkata bidaan itu akan dibuka sehingga 17 Feb ini, dan keputusannya akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam dari tarikh akhir bidaan ditutup iaitu 18 Feb ini.

 

"Pembida boleh membida di mana-mana sahaja, dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, penduduk tetap, jabatan kerajaan dan syarikat yang berdaftar di negara ini.

 

"Pendaftaran di sistem JPJeBid boleh dilakukan secara kendiri oleh pembida di laman sesawang https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid.

 

Hanya mereka yang tidak pernah mempunyai rekod dengan sistem JPJ seperti kenderaan berdaftar, lesen memandu atau saman sahaja dikehendaki hadir membuat pendaftaran di mana-mana pejabat JPJ kecuali Pusat Transformasi Bandar (UTC)," menurut kenyataan berkenaan.

 

Menurut JPJ Negeri Johor, kaedah bayaran pula hanya menggunakan kad debit atau kad kredit tempatan sahaja, dan JPJ berharap rakyat Malaysia dapat mengoptimumkan penggunaan sistem dalam talian itu ketika pandemik.

 

Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida akan diberikan tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran untuk didaftarakan pada sesebuah kenderaan dan pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPJ Negeri dan Cawangan.

 

"Setakat ini JPJ Johor sudah mengutip RM24.83 juta sejak sistem bidaan ini pertama kali digunakan pada 21 Ogos 2019 bagi siri JTR. Sekiranya pelanggan menghadapi sebarang masalah berkaitan bidaan nombor pendaftaran siri JUN ini, mereka boleh emelkan ke [email protected]," menurut kenyataan itu.

 

 

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
NPI siri GOLD itu diperkenalkan bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50.…
Berita Global
Walaupun bidaan baharu sahaja dibuka, tidak mengejutkan apabila angka bidaan sudah pun melepasi…
Berita Domestik
“Ketiga, M8M dengan nilaian RM450,000, diikuti M9M dengan nilai RM402,004 dan kelima, M6M dengan…