Bidaan nombor plat "GOLD" dibuka Khamis ini (1 Februari 2024)

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri GOLD menerusi Sistem JPJeBid Khamis ini (1 Februari 2024).
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

NPI siri GOLD itu diperkenalkan bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50.

Penawaran NPI siri GOLD ini juga merupakan sebahagian usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk melaksanakan inisiatif seperti bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FlySISWA.

Pendaftaran ini akan dibuka pada 1 Februari 2024, Khamis jam 12.00 pagi dan ditutup pada 5 Februari 2024 (Isnin) jam 10.00 malam, sementara keputusan bidaan akan diumumkan pada 6 Februari 2024.

Harga bidaan bermula dari RM300.00 untuk nombor biasa, diikuti RM800.00 (nombor popular), RM3,000.00 (nombor menarik) dan RM20,000 (nombor bernilai utama).

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
"Berdasarkan kepada rekod bidaan, NPI Siri A A yang dibida dengan harga paling tinggi ialah A9A…
Berita Global
Walaupun bidaan baharu sahaja dibuka, tidak mengejutkan apabila angka bidaan sudah pun melepasi…
Berita Domestik
“Ketiga, M8M dengan nilaian RM450,000, diikuti M9M dengan nilai RM402,004 dan kelima, M6M dengan…