Bidaan nombor plet "NSW 1" kini cecah RM31 juta!

oleh Mohamad Hanif|
"NSW 1" yang dipercayai nombor pertama didaftarkan untuk kenderaan di Australia kini dibuka untuk bidaan sehingga minggu ketiga Januari tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun bidaan baharu sahaja dibuka, tidak mengejutkan apabila angka bidaan sudah pun melepasi paras AU$10 juta (RM31 juta).

Menurut laporan, NSW 1 itu sebenarnya dimiliki oleh Pesuruhjaya Polis New South Wales yang pertama.

Nombor tersebut kemudian berpindah milik kepada ahli perniagaan Sir Frederick Stewart pada tahun 1930-an di mana nombor tersebut didaftarkan pada kereta Oldsmobile beliau.
 

nsw


Setelah Stewart meninggal dunia, balunya Lady Majorie Stewart turut dilapor memasang nombor plet tersebut pada model Ford LTD 1981 setelah menolak tawaran bernilai AU$200,000 yang dibuat pada tahun 1988.

NSW 1 dijangka akan menjadi nombor pendaftaran yang paling mahal terjual di Australia, dimana rekod termahal kini dipegang oleh NSW 4 dengan nilai AU$2.45 juta (RM7.67 juta) pada tahun 2017.

Untuk makluman, nombor plet P 7 telah diiktiraf sebagai nombor plet yang paling mahal di dalam dunia dengan nilai jualan 55 juta dirham UAE (RM69.97 juta).

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Nombor unik tersebut merupakan sebahagian daripada beberapa lagi nombor plet yang dibida dalam…
Berita Domestik
  Menurutnya, pihak polis sentiasa menjalankan operasi seumpama itu dari semasa ke semasa dalam…
Berita Domestik
  “Jumlah itu menunjukkan kutipan melebihi sasaran bagi siri nombor tersebut menerusi pelaksanaan…