Nissan Terra bakal masuki pasaran Asia Tenggara, apabila Navara jadi SUV!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pasaran SUV tempatan semakin membesar. Ini boleh dilihat melalui jumlah SUV popular seperti Honda CR-V, Mazda CX-5 dan Nissan X-Trail di atas jalan raya.

Dua buah model itu belum cukup untuk mewakili jumlah populariti SUV di negara kita, ia perlu dicampur juga dengan SUV kecil dan sederhana seperti Honda HR-V, Mazda CX-3, Kia Sportage dan Hyundai Tucson.

Jika ditambah lagi dengan SUV premium seperti Mercedes-Benz GLC, BMW X3 dan Audi Q3/Q5 lagi lah besar jumlahnya.

Selain model-model popular tersebut ada satu lagi segmen yang tidak kurang hebatnya seperti Toyota Fortuner, Mitsubishi Pajero Sport, Ford Escape dan Isuzu MU-X.

Apakah beza SUV ini daripada SUV popular lain?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Terra

 

Perbezaan paling jelas ia dibina berasaskan struktur berbentuk H atau dipanggil sebagai ladder frame.

Bunyinya sama seperti pikap bukan? Memang betul, alang-alang sudah mempunyai asas kenapa tidak dijadikan sebuah SUV penumpang.

Daripada senarai model yang disebutkan tadi, ada satu pengeluar yang tertinggal.

Bukan tertinggal tetapi sudah lama jenama Jepun ini tidak mempunyai SUV untuk bersaing dengan pengeluar lain.

Tidak lain tidak bukan ialah Nissan.

 

Nissan Terra

 

Kekosongan itu nampaknya sudah berakhir apabila Nissan sudah mula mengambil tempahan SUV terbaru yang dipanggil Terra di Filipina.

Suatu yang aneh juga bila mana ia dipasarkan di Filipina terlebih dahulu memandangkan negara tersebut mengamalkan pemanduan sebelah kiri.

Apa pun Nissan mungkin mempunyai perancangannya sendiri.

Bagaimana pula dengan negara ASEAN lain?

Mengikut maklumat rasmi, Nissan akan sama memasarkan Terra di Thailand, Indonesia, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam pada tahun ini juga.

 

Nissan Terra

 

Negara kita nampaknya tertinggal dan tidak dapat dipastikan apakah perancangan Nissan dan ETCM.

Jika disoroti sejarah, Nissan sebelum ini mempunyai sebuah SUV yang popular iaitu Terrano. Nama Terra dan Terrano hampir menyamai dan secara tidak langsung melambangkan pertalian di antara kedua-dua SUV tersebut.

Berikut ialah ciri-ciri pada Nissan Terra baharu:

  • Terra dibina berasaskan warisan Nissan yang lama dalam bidang SUV iaitu lebih dari 60 tahun
  • Di antara SUV ikonik Nissan ialah Patrol dan popular di negara Timur Tengah
  • Terra dibina selari dengan permintaan SUV bersaiz sederhana yang semakin meningkat di Asia Tenggara
  • SUV ini bakal dibina di kilang Nissan Thailand yang merupakan hub produksi Asia Tenggara
  • Terra juga merupakan salah satu produk penting Nissan di rantau ini
  • Terra adalah perkataan Latin yang bermaksud bumi
  • Filipina adalah pasaran kedua Terra selepas dilancarkan di China pada bulan April - Tidak menghairankan apabila ia mempunyai pemanduan sebelah kiri
  • Terra mempunyai tujuh tempat duduk dengan kerusi barisan kedua boleh dilipat sepenuhnya
  • Walaupun strukturnya menggunakan ladder frame, suspensi belakang adalah dari jenis spring multi-link seperti pikap Navara. SUV dalam segmen sama biasanya menggunakan suspensi daun.  
  • Untuk pasaran Filipina, Terra dibekalkan dengan enjin diesel YD25 berkuasa 190 hp dan tork 450 Nm
  • Terra turut dilengkapi teknologi canggih seperti Lane Departure Warning, Blind Spot Warning dan Intelligent Around View Monitor dengan Moving Object Detection

 

Nissan Terra

 

Mengenai harga pula, Nissan tidak menyatakan harga dalam siaran rasmi tetapi andai kata dipasarkan di negara kita kelak harga dijangka di antara RM 160,000 hingga RM 180,000 berdasarkan harga pesaing seperti Toyota Fortuner dan Isuzu MU-X.

Menarik bukan? Baru lah ngam untuk digunakan secara lasak sebab ia memang dibina untuk dibelasah! 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Nissan memaklumkan X-Trail N-Trek disasarkan kepada keluarga yang sukakan cabaran dan kegiatan…
Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…