Nissan Serena S-Hybrid 2022 facelift - tempahan dibuka, harga anggaran bawah RM150k, pelancaran Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) bakal melancarkan secara rasmi model MPV Nissan Serena S-Hybrid versi facelift, dan untuk itu tempahan bagi model tersebut kini dibuka secara rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat dua varian yang ditawarkan, iaitu Highway Star (anggaran harga bawah RM150,000) dan versi Premium Highway Star dengan harga anggaran di bawah RM165,000.

Untuk golongan pembeli terawal, ETCM menawarkan pakej khas yang merangkumi servis percuma sebanyak lima kali (perbatuan 10,000 km, 30,000 km, 50,000 km, 70,000 km dan 90,000 km) ke atas jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan.
 

Nissan


Dari segi rupa, Nissan Serena S-Hybrid membawakan perubahan seperti rekaan gril hadapan yang lebih besar, lampu belakang dengan grafik S yang lebih jelas, diikuti dengan kemasan bampar serba baharu.

Ruang kabin pula menawarkan sehingga 13 konfigurasi susunan tempat duduk dengan baris kedua menampilkan kerusi kapten sementara pemandu dan penumpang hadapan pula menikmati keselesaan di atas tempat duduk Zero Gravity.
 

Nissan Serena


Antara kemudahan lain seperti pintu gelangsar pada bahagian kiri dan kanan, tujuh slot pengecasan USB, serta kelengkapan keselamatan Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi amaran pra-pelanggaran, brek kecemasan pintar, amaran keluar lorong, amaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang serta kamera keliling 360 darjah.

MPV Nissan Serena S-Hybrid 2022 masih lagi mengekalkan enjin 2.0 liter hibrid Twin CVTC di mana motor elektrik ECO (energy control motor) pula menawarkan bantuan daya kilas semasa pemanduan mula, sekaligus mengurangkan beban ke atas enjin dan menjimatkan penggunaan bahan api.

Lebih banyak perincian bakal didedahkan menjelang pelancaran rasmi Nissan Serena S-Hybrid 2022 pada awal Julai ini.

Baca: Nissan Serena S-Hybrid facelift di Jepun

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari sudut luaran, Nissan Serena J IMPUL ini mendapat kemasan krom dengan rekaan bampar yang lebih…
Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, Nissan Serena S-Hybrid boleh didapati dalam dua varian, iaitu varian asas…
Berita Domestik
Warna baharu yang dimaksudkan itu adalah warna Monarch Orange untuk varian Nissan X-Trail 2.0 Mid,…