Nissan Serena facelift JDM - reka bentuk gril V-Motion lebih besar!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun di negara kita Nissan Serena baharu dilancarkan pada tahun lalu (2018), namun model ini sebenarnya sudah pun lama berada dipasaran semenjak tahun 2016 lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadi, mungkin agak terkejut apabila tiba-tiba sahaja minivan ini didatangkan dengan model facelift berdasarkan imej yang diperoleh daripada laman rasmi Nissan Jepun. 

Difahamkan, terdapat dua varian yang masing-masing dibezakan dengan sejumlah aksesori (macam biasa, premium dapat lebih) dan menariknya, Nissan Serena turut mendatangkan varian gril yang lebih besar!

 


Varian asas (rujuk gambar utama) tidak menerima perubahan rekaan yang ketara, cuma motif gril V-Motion kini didatangkan dengan bar krom yang lebih nipis, dan tidak menerima ciri lampu kabus di bahagian bawah bumper. 

Sekali imbas, rekaan pada Serena varian asas ini tampak lebih kemas tanpa elemen krom yang berlebihan seperti mana model terdahulu. 

Naik satu tahap ke varian premium, anda akan disambut dengan rekaan gril yang lebih besar dengan seakan mahu melawan Toyota Alphard dan Vellfire. 
 


Tidak dilupakan, rekaan LED berbentuk S di bahagian belakang juga kini lebih jelas bentuknya dengan dimensi yang lebih panjang. 

Selain daripada itu, Nissan Serena juga didatangkan dengan kemasan rim serba baharu dan diakhiri dengan bumper belakang rekaan baharu. 

Memasuki ruang dalaman, Nissan Jepun membawakan beberapa kombinasi warna upholsteri untuk dipadankan seperti kelabu/hitam, hitam burgundy dan beige
 


Dua warna baharu kini disertakan untuk pilihan para pembeli iaitu Sunrise Orange dan Dark Metal Grey selain daripada pilihan sedia ada Cashmere, Maroon Red, Imperial Amber, Briliant Silver, Azulite Blue, Diamond Black dan White Pearl. 

Manakala nadi kuasa pula masih dikekalkan dengan enjin MR20DD 2.0 liter empat silinder sebaris, manakala varian Serena e-Power pula hadir dengan enjin HR12DE tiga silinder sebaris yang dipadankan dengan CVT Xtronic.

 


Untuk ciri keselamatan, Nissan Intelligent Mobility turut menerima kemas kini dengan tambahan ciri kawalan pelayaran adaptif (dengan brek kecemasan pintar), lampu LED adaptif, amaran lintasan trafik belakang dan brek kecemasan sekiranya pemandu tersalah menekan pedal di dalam situasi yang tidak diingini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada itu, JCOTY telah memilih keicar Mitsubishi Delica Mini untuk memenangi anugerah…
Berita Global
Menurut Kementerian Tanah, Pengangkutan, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Nissan…
Berita Domestik
Antara promosi utama ialah model Nissan X-Trail Black Edition yang didatangkan dengan pakej…