MPV Nissan Serena S-Hybrid facelift rasmi dilancarkan - dari RM149,888

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor hari ini secara rasmi melancarkan Nissan Serena S-Hybrid versi facelift selepas tempahan dibuka pada bulan lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk pasaran Malaysia, Nissan Serena S-Hybrid boleh didapati dalam dua varian, iaitu varian asas Highway Star serta varian Premium Highway Star.

Dari segi kuasa, Nissan Serena S-Hybrid facelift masih lagi mengekalkan enjin MR20DD 2.0 liter dengan bantuan motor elektrik ECO, menghasilkan kuasa setinggi 150 PS @ 6,000 rpm dan daya kilas 200 Nm @ 4,400 rpm, dipadankan dengan transmisi X-Tronic CVT.
 

serena


Dari segi kelengkapan, Nissan Serena S-Hybrid didatangkan standard dengan unit lampu LED jenis projektor, lampu nyalaan siang DRL, pintu gelangsar sisi berkuasa, rim bersaiz 15 inci (16 inci untuk versi Premium), serta pemasangan spoiler bumbung.

Dari segi rupa, Nissan Serena S-Hybrid membawakan perubahan seperti rekaan gril hadapan yang lebih besar, lampu belakang dengan grafik S yang lebih jelas, diikuti dengan kemasan bampar serba baharu.
 

serena


Ruang kabin pula menawarkan sehingga 13 konfigurasi susunan tempat duduk dengan baris kedua menampilkan kerusi kapten.

Selain daripada itu, roda stereng balutan kulit, Fine Vision Meter bersaiz tujuh inci, sistem infotainmen 6.75 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, kawalan iklim dua zon, tujuh slot USB serta tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan yang diinspirasikan daripada kerusi Zero Gravity.

Untuk varian Premium didatangkan dengan ciri tambahan seperti skrin intofainmen bersaiz sembilan inci, kerusi balutan kulit Nappa, dulang kargo, alas lantai, skrin tambahan 11.6 inci yang dipasang pada bumbung, kamera perakam pemanduan (DVR) serta pakej tint V-Kool.
 

serena


Dari segi keselamatan pula, Nissan Serena S-Hybrid didatangkan standard dengan ciri Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang merangkumi amaran pra-pelanggaran, brek kecemasan pintar, amaran titik buta, amaran keluar lorong (LDW), amaran lintasan trafik belakang, sistem pemantauan keliling (IAVM), sistem pengesan objek bergerak (IMOD) dan amaran tumpuan pemandu pintar (IDA).

Ciri yang disebutkan itu tadi melengkapi ciri keselamatan pasif seperti enam beg udara SRS, bantuan mula mendaki (HSA), kawalan dinamik kenderaan (VDC) dan sistem kawalan cengkaman (TCS).

Harga jualan Nissan Serena S-Hybrid 2022 facelift ini bermula dari RM149,888 hingga RM162,888 untuk versi Premium Highway Star.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari sudut luaran, Nissan Serena J IMPUL ini mendapat kemasan krom dengan rekaan bampar yang lebih…
Berita Domestik
Terdapat dua varian yang ditawarkan, iaitu Highway Star (anggaran harga bawah RM150,000) dan versi…
Berita Domestik
Warna baharu yang dimaksudkan itu adalah warna Monarch Orange untuk varian Nissan X-Trail 2.0 Mid,…