Nissan Navara Off-Roader AT32 - amaran kepada Raptor, ZR2, TRD Pro

oleh Mohamad Hanif|
Nissan kini bekerjasama dengan syarikat Arctic Trucks menghasilkan sebuah trak pikap yang lebih lasak untuk pasaran Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan Navara Off-Roader AT32 (AT merujuk kepada Arctic Trucks, dan tayar sebesar 32 inci) itu menampilkan sistem suspensi yang telah ditinggikan sebanyak 20 mm, rim 17 inci dan mempunyai plet pelindung pada bahagian bawah trak pikap. 

 

 

Dengan sistem suspensi yang telah ditinggikan itu, Navara AT32 ini mempunyai jarak kelegaan tanah setinggi 243 mm yang mampu meredah air setinggi 800 mm. Snorkel tiang A turut ditawarkan sebagai aksesori pilihan. 

Sebagai perbandingan, Chevrolet Colorado ZR2 mempunyai jarak kelegaan tanah setinggi 226 mm, Toyota Tacoma TRD Pro setinggi 238 mm, manakala Ford Ranger Raptor mempunyai jarak kelegaan yang paling tinggi antara pesaing-pesaingnya, iaitu 281 mm.

 


Menurut Ken Ramirez, timbalan presiden Nissan Eropah berkata, "Nissan Navara Off-Roader AT32 ini merupakan trak pikap Navara yang paling berkemampuan pernah kami jual, kombinasi antara keupayaan off-road dan tambahan aksesori yang dinaik taraf mampu menarik perhatian orang ramai."

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Nissan memaklumkan X-Trail N-Trek disasarkan kepada keluarga yang sukakan cabaran dan kegiatan…
Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…