Nissan, Mitsubishi lancar empat model kei-car baharu!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan Motor Co. Ltd dan Mitsubishi Motors Corporation mengumumkan empat buah kei-car baharu menerusi kolaborasi NMKV antara kedua-dua buah syarikat dalam pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi itu. 

Menerusi kerjasama ini, Nissan dan Mitsubishi akan memproduksikan empat buah model baharu, iaitu Nissan Days, Nissan Days Highway Star, Mitsubishi eK wagon dan Mitsubishi eK X. 

Buat pertama kalinya, keempat-empat model yang disebutkan tadi bakal dilengkapi dengan ciri pemanduan semi-autonomi, direka khusus untuk pemanduan laluan tunggal di lebuhraya.

Dengan rekaan serba baharu, platform yang telah dinaiktaraf beserta enjin dan transmisi, Nissan dan Mitsubishi masih mengekalkan identiti masing-masing di dalam setiap penawaran kenderaan kei-car. 
 


Ia akan mula dijual bermula bulan ini untuk pasaran Jepun. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua syarikat itu akan menilai tahap keberkesanannya dalam…
Berita Global
Tiga daripadanya sudah pun kita ketahui, iaitu kei-car Mitsubishi Delica Mini, Mitsubishi ASX,…
Berita Global
Selepas melancarkan TFENDER yang dihasilkan khusus untuk Toyota ProBox, ESB Style kini melancarkan…