16 Model Baharu Mitsubishi Dalam 5 Tahun – termasuk trak pikap dan Xpander Hybrid!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi baru-baru ini mengumumkan strategi jangka sederhana “Challenge 2025” yang bakal menyaksikan tidak kurang daripada 16 buah model baharu yang akan dilancarkan dalam jangka masa lima tahun akan datang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tiga daripadanya sudah pun kita ketahui, iaitu kei-car Mitsubishi Delica Mini, Mitsubishi ASX, serta XFC Concept yang telah diperlihatkan beberapa bulan yang lepas.
 

Mitsu


Berdasarkan garis masa yang dibekalkan oleh Mitsubishi, dalam masa terdekat kita bakal menerima kehadiran sebuah model trak pikap, dipercayai generasi baharu Triton/L200.

Berdasarkan bayangan (walaupun masih berselubung), jelas kelihatan ia bakal berkongsi platform Nissan Navara, dengan membawakan grafik lampu LED tersendiri, serta rekaan arka roda yang agak berpetak.
 

mitus


Senibina yang sama juga akan melahirkan sebuah lagi model pick-up passenger vehicle (PPV) pada tahun 2025, besar kemungkinan merupakan pengganti Pajero Sport.

Selain daripada model Colt yang dibangun hasil kerjasama dengan Renault, Mitsubishi turut merancang untuk memperkenalkan dua lagi EV, masing-masing menerusi kerjasama dengan Renault dan juga Nissan pada tahun 2025.
 

xpander


Dalam tempoh terdekat, Mitsubishi akan memperlihatkan varian hibrid (HEV) bagi MPV tiga baris tempat duduk Xpander, diikuti dengan SUV dua dan tiga baris tempat duduk baharu, serta sebuah lagi kei-car untuk pasaran Jepun.

Menjelang tahun 2030, Mitsubishi berazam untuk mencapai separuh daripada jumlah jualan di peringkat global yang terdiri daripada kereta berelektrik, sebelum mencapai 100 peratus jualan kenderaan hibrid dan elektrik pada tahun 2035.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…