Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua syarikat itu akan menilai tahap keberkesanannya dalam mengurangkan impak terhadap alam sekitar, tahap praktikaliti dan prestasi untuk operasi penghantaran barangan, serta mengumpulkan data yang berkaitan dengan pengurusan tenaga termasuklah operasi pengecasan.
Yamato Transport akan memasang dua unit peti sejuk mudah alih kecil D-mobico (DENSO mobile cool) pada ruang kargo untuk kegunaan operasi penghantaran barangan sejuk beku di sekitar tiga lokasi iaitu di Suginami Ward (Tokyo), Utsunomiya City (Tochigi Prefecture) dan Kobe City (Hyogo Prefecture).
Difahamkan, D-mobico ini dikuasakan oleh bateri kecil dan tidak memerlukan sebarang ais kering, menjadikan penghantaran barangan yang lebih mesra alam.
Antara kelebihan yang ada pada N-VAN termasuklah bukaan pintu yang luas tanpa kehadiran tiang B pada bahagian kiri.
Selain itu, N-VAN turut didatangkan dengan rekaan tempat duduk yang boleh dibaringkan rata atas lantai untuk menyediakan ruang meletakkan barangan yang lebih besar.
Van komersial berkuasa elektrik ini juga kini sedang diuji di bawah pelbagai keadaan persekitaran, termasuklah pemanduan dan pengecasan di kawasan yang sejuk di mana suhu di bawah takat beku bagi memastikan operasi pengumpulan dan penghantaran berjalan lancar ketika musim sejuk.
Honda menyasarkan jarak gerak N-VAN EV ini sejauh 200 km untuk sekali cas penuh, dengan harga jualan bermula dari 1,000,000 yen (RM32,894) yang hampir sama dengan harga N-VAN versi petrol.
DENSO mobile cool (D-Mobico)