Nissan Kicks 2022 mendarat di Jepun - sistem e-Power dikemaskini, 134 hp, 280 Nm, dari RM90k

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Jepun telah pun memulakan penjualan bagi model SUV Nissan Kicks di mana model tersebut kini didatangkan dengan sistem e-Power yang telah dipertingkatkan.

Berbanding sistem generasi pertama, trenkuasa e-Power yang telah ditambahbaik itu kini mampu menghasilkan lima peratus lebih kuasa dan tujuh peratus lebih daya kilas.
 

Nissan Kicks


Ia masih lagi menampilkan enjin tiga silinder sebaris 1.2 liter (78 hp/103 Nm) yang bertindak sebagai unit penjana kuasa namun kuasa daripada motor elektrik kini bertambah kepada 134 hp dan 280 Nm.

Nissan juga telah menambah saiz pek bateri kepada 2.06 kWh (berbanding 1.57 kWh pada model terdahulu), sementara kadar kecekapan penggunaan bahan api juga telah meningkat 6.4 peratus.
 

Kicks


Selain daripada perubahan terhadap trenkuasa, Nissan turut meningkatkan tahap kesenyapan kabin, diikuti dengan e-Pedal Step yang mampu menawarkan pemanduan yang lebih relaks dan lancar terutama apabila pedal pendikit dilepaskan.

Tambahan kepada penawaran model sedia ada adalah varian Kicks e-Power 4WD yang menampilkan sistem pacuan semua roda elektrik, serta ciri keselamatan Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (FCW) yang standard untuk kesemua varian, lengkap dengan penderia radar di bahagian hadapan.
 

Kicks


Ruang kabin pula mendapat sedikit kemaskini pada bahagian konsol tengah dan tombol gear, diikuti dengan penawaran warna beige dan orange tan untuk kemasan dua tona.

Sebuah varian baharu yang digelar sebagai Style Edition menampilkan ruang dalaman plush brown, serta gril hadapan krom gelap.

Harga jualan untuk model Nissan Kicks e-Power 2022 ini bermula dari 2,798,400 yen (RM90,484) untuk versi 2WD, atau dari 3,061,300 yen (RM98,985) untuk versi pacuan empat roda.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan, ia dikatakan berpunca daripada kegagalan sistem stereng berkuasa elektronik pada…
Berita Global
e-POWER generasi kedua     Komponen e-POWER terbaru ini terdiri daripada motor elektrik dan…
Berita Domestik
Sebagai makluman, Nissan Kicks merupakan crossover dalam segmen B yang bakal memberikan saingan…