Nissan jumpa resipi hasilkan EV lebih murah - magnet jenis besi samarium!

oleh HEZERI SAMSURI|
Hasrat Nissan Motor untuk menurunkan kos pembuatan Ev mungkin akan bergantung kepada motor elektrik yang menggunakan magnet dari logam nadir bumi yang lebih murah - besi samarium.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Samarium, sejenis unsur logam yang berwarna putih perak dan digunakan untuk membuat magnet dan sebagainya dijangka akan boleh digunakan secara komersil menjelang 2030 tahun kewangan fiskal Nissan Motor (penghujung Mac 2031).

Nissan selama ini sudah mengumumkan bahawa ia mempunyai perancangan untuk menurunkan kos pembuatan EV sebanyak 30 peratus agar sama dengan kos pembuatan kenderaan berenjin petrol menjelang 2030.

Penggunaan samarium ini bukan hanya menurunkan kos pembuatan EV, tetapi mengurangkan kepada kebergantungan industri EV kepada logam neodymium dan dysprosium yang kebanyakannya hanya didapati dari China.

Laporan lanjut berkaitan berita ini boleh dibaca di Nikkei Asia.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bagi memenuhi keperluan rangkaian kuasa yang semakin pelbagai, barisan produk masa depan akan…
Berita Global
  Nissan Design America bekerjasama dengan pakar sushi Chef Hiroyuki "Chef Hiro" Terada dan…
Berita Global
Pengeluar elektronik dari Taiwan itu sebelum ini telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan…