A.S. tidak galakkan Nissan model lama dipandu

oleh Firdaus Razani|
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan AS (NHTSA) memaklumkan kenderaan jenama Nissan model lama yang dilengkapi dengan beg udara Takata yang dipanggil semula dan tidak dibaiki harus berhenti dipandu.

Pengumuman itu dibuat oleh agensi tersebut kerana bimbang isu keselamatan pemandu dan pemilik kenderaan dari Jepun itu.

Agensi itu membuat pengumuman selepas Nissan mengeluarkan amaran memberitahu pemilik kenderaan supaya tidak memandu kenderaan tertentu model 2002-2006 Nissan Sentra, 2002-2004 Nissan Pathfinder dan 2002-2003 Infiniti QX4, yang dipanggil semula tetapi belum diperbaiki.

"Jika anda mempunyai salah satu daripada kenderaan ini, jangan memandu sehingga pembaikan selesai dan beg udara yang rosak diganti," kata NHTSA dalam satu kenyataan.

Mereka turut menyatakan bahawa pengedar Nissan menawarkan tunda percuma, pembaikan mudah alih dan di beberapa tempat sewa kenderaan.

Sepanjang dekad yang lalu, lebih 100 juta inflator beg udara Takata telah ditarik balik di seluruh dunia, termasuk tujuh juta di Amerika Syarikat dan merupakan panggilan semula keselamatan auto terbesar dalam rekod.

Lebih 30 kematian di seluruh dunia, termasuk 27 di Amerika Syarikat dan lebih 400 kecederaan telah dilaporkan sejak 2009 dalam setiap jenama kenderaan yang dijual akibat inflator beg udara Takata yang boleh meletup.

Punca kecederaan dan kematian berlaku berlaku adalah besar kemungkinan dari letupan beg udara yang melepaskan serpihan logam di dalam kereta dan trak.

Masalah beg udara telah dipersalahkan pada propelan yang boleh rosak selepas pendedahan jangka panjang kepada turun naik suhu tinggi dan kelembapan.

 

Baca laporan penuh di Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut White House, langkah itu merupakan tindak balas kepada ‘dasar yang tidak adil’ dan…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Global
Jabatan Polis Baltimore dalam satu kenyataan "Saya boleh mengesahkan pada 1:35 pagi, polis…