Nissan guna prog. pembangunan fungsi otak, pertingkat prestasi pelumba!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Formula E
Nissan Formula E
Dunia perlumbaan sekarang semakin canggih dan bukan setakat merangkumi kejuruteraan kereta. Pelumba sendiri melalui pelbagai latihan dan turut melibatkan data dan sains

Dengan kecanggihan dan kejituan penyelidikan sekarang, sejauh mana sesebuah pasukan sanggup teroka?

Nissan Motor Co., Ltd pada Julai 2021 melancarkan sebuah program inovatif yang menfokuskan kepada fungsi otak dan penyelidikan anatomi, latihan dan pembangunan untuk dua pelumba Formula E Sebastien Buemi dan Oliver Rowland.

Program yang dikenali sebagai Nissan Brain to Performance itu menggunakan pengimejan otak dan analisis yang canggih bagi mengenalpasti ciri-ciri spesifik anatomik pelumba berprestasi tinggi.

Program ini dibuat bagi membangunkan latihan khas dan latihan yang dioptimumkan untuk meningkatkan fungsi otak dan anatomi yang berkaitan dengan pemanduan dan perlumbaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lucian Gheorghe
Lucian Gheorghe

 

Penyelaras program ini ialah Lucian Gheorghe, peneraju dalam bidang analisis dan latihan otak.

Beliau juga individu penting di dalam bidang penyelidikan canggih Nissan bagi mengenalpasti bagaimana untuk membina hubungan yang lebih baik di antara manusia dan kenderaan Nissan.

Maknanya Nissan mempunyai perancangan jauh dalam bidang ini dan keutamaan terdekat ialah untuk meningkatkan prestasi pelumba Nissan dalam Formula E.

Apa dan bagaimana Nissan buat?

Peringkat pertama program baharu ini melibatkan analisis terperinci dan pengujian fungsi otak pelumba Formula E berbanding sekumpulan individu biasa dan bukan pelumba.

Kesemua pemandu akan melakukan pelbagai latihan menggunakan simulator pemanduan canggih dan pada masa yang sama aktiviti otak mereka dipantau dan direkodkan.

 

Nissan Formula E

 

Hasil daripada program itu akan diguna pakai bagi membangunkan program latihan pemandu yang menggunakan kaedah rangsangan elektrik otak (Electrical Brain Stimulation/EBS) bagi meningkatkan prestasi pemandu.

EBS ialah sejenis elektroterapi dan teknik yang digunakan di dalam penyelidikan dan neurobiologi klinikal bagi merangsang neuron atau rangkaian neuron di dalam otak melalui kaedah kejutan sel membran menggunakan arus elektrik.

Berikut pula ialah bidang penyelidikan utama Nissan:

1. Memahami bagaimana fungsi otak dan anatomi pelumba Formula E Nissan berbeza dengan pemandu biasa atau awam.

Dengan menghasilkan spektrum aktiviti otak pemandu, program ini akan memberikan pemahaman yang jelas mengenai impak kaedah rangsangan elektrik otak (EBS). 

2. Melalui kaedah rangsangan otak secara elektrikal, bolehkah otak pelumba profesional ditingkatkan untuk memperbaiki prestasi di litar?

Selepas aktitivi otak diketahui, program latihan pemandu khas mengenai EBS boleh dimulakan, dipantau dan dilaporkan.

3. Bolehkah latihan yang menggunakan antara muka komputer otak diguna bagi mempertingkatkan skil pemanduan umum?

Sasaran jangka masa panjang Nissan ialah untuk meningkatkan pembangunaan produk EV Nissan dengan fokus kepada keseronakan dan fokus tertinggi seseorang pemandu.

 

Nissan Ariya

 

Melalui perkembangan ini, Nissan percaya bahawa otak seseorang dapat memberikan pemanduan yang lebih baik.

Mungkin terlalu awal untuk didedah atau diaplikasikan kepada orang ramai dan disebabkan itu Nissan bermula dengan pelumba Formula E.

Menggunakan pelumba Formula E juga betul, andai kata prestasi dapat ditingkatkan walaupun satu saat ianya sudah cukup bermakna.

Satu saat didarab dengan 30-40 pusingan perlumbaan sudah bersamaan penjimatan masa yang signifikan. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan Formula E

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Nissan memaklumkan X-Trail N-Trek disasarkan kepada keluarga yang sukakan cabaran dan kegiatan…
Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…