Nissan Altima cuba lawan Myvi, terbang guna tanjakan pada trak pengangkut

oleh Penyumbang Rencana|
Aksi lagak ngeri kebiasaannya dilakukan oleh stuntman profesional di kawasan yang dikawal rapi bagi memastikan tiada kecederaan berlaku. Bagi penggemar permainan video, anda pasti tidak terlepas dari melakukan aksi-aksi lagak ngeri pada permainan seperti Need For Speed atau Grand Theft Auto.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Malaysia, kita sudah biasa tentang berita Myvi yang sering terbang keluar dari habitat asal.

Lain pula yang berlaku apabila seorang lelaki dari Venice, Florida melakukan aksi lagak ngeri di dunia nyata, setelah memandu menaiki tanjakan pada trak pengangkut, menggunakan Nissan Altima.

Menurut Jabatan Penyelamat Bomba Venice Florida yang berkongsi cerita itu di media sosial, kejadian itu berlaku di Pinebrook Rd, rabu lepas lebih kurang jam 10.30 malam.

Anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian ketika bahagian belakang Nissan Altima itu sudah tergantung di tepi trak pengangkut itu.

Lelaki yang memandu sedan itu kekal berada di dalam kereta selepas kemalangan, disebabkan risiko berlakunya kejadian tidak diingini. Anggota bomba menambat hujung hadapan Nissan Altima itu pada belakang trak pengangkut menggunakan tali perindustrian, dan menstabilkan bahagian belakang kereta.

Lelaki itu kemudian selamat dikeluarkan dari kereta tersebut. Bahagian depan kelihatan hancur dengan bampar dan kepingan plastik yang bertaburan di jalan, manakala sistem gantungan mengalami kerosakan teruk. Pemandu bernasib baik kerana kereta itu tidak jatuh atau mungkin perkara lebih teruk bakal berlaku.

Pemandu lelaki pertengahan umur itu ditahan oleh Jabatan Polis Venice kerana memandu secara cuai. Menurut anggota bomba, trak pengangkut kereta itu diletakkan di bawah lampu jalan bersama lampu kecemasan dihidupkan dan tanjakan diturunkan, apabila Altima itu melakukan lompatan.

Kemungkinan ini adalah satu lagi kes pemandu yang terganggu pemikirannya, kerana tiada orang waras akan mencuba aksi berbahaya itu dalam kehidupan sebenar.

Sumber: Carscoops

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Automotive News, peranan yang ditinggalkan oleh dua sedan tersebut akan digantikan…
Berita Global
Wajah Altima SR yang agresif!     Altima sedia ada sudah pun menarik dan model 2023 diserlahkan…
Berita Global
Menurut laporan daripada pegawai polis Trooper Rocky Oliphant (menerusi akaun Twitter @wspd7pio),…