Menurut laporan Automotive News, peranan yang ditinggalkan oleh dua sedan tersebut akan digantikan oleh sebuah sedan berkuasa elektrik yang dijangka tiba pada tahun 2026.
Sementara itu, wakil jurucakap Nissan dalam satu emel kepada laman Motor1 tidak mengesahkan atau menidakkan dakwaan tersebut.
Dalam emel tersebut, wakil Nissan menambah, "Kami akan terus melabur di dalam segmen sedan untuk menawarkan kepada pelanggan kami kereta yang hebat, lengkap dengan teknologi yang memudahkan, menghiburkan dan lebih selamat."
Di pasaran Amerika Syarikat, Nissan Altima merupakan model kedua paling laris terjual pada tahun lepas di belakang Nissan Rogue, dengan jumlah jualan 139,955 unit.
Secara kontras, sedan segmen B Nissan Versa sekadar mencatatkan angka jualan sebanyak 13,396 unit sahaja pada tahun 2022.
Untuk tempoh separuh pertama tahun ini, Nissan berjaya menjual sebanyak 11,014 unit Nissan Versa, atau peningkatan sebanyak 95.8 peratus terima kasih kepada pengenalan model facelift yang telah dilancarkan pada penghujung tahun lepas.
Sumber: Automotive News melalui Motor1