Nissan Altima terlipat dua dilenyek trak, pemandu selamat!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemandu Nissan Altima 2015 di Mt. Vernon, Washington berdepan dengan detik-detik cemas apabila keretanya remuk teruk dilanggar oleh trak semi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada pegawai polis Trooper Rocky Oliphant (menerusi akaun Twitter @wspd7pio), pemandu Altima berwarna merah itu sedang memperlahankan keretanya ketika mengekori sebuah trak semi sebelum dihentam dari arah belakang oleh sebuah lagi trak semi di jambatan tersebut.

Momentum pelanggaran yang terlalu kuat itu mengakibatkan bahagian belakang kereta Altima itu terlipat, di mana anda boleh melihat sendiri struktur roda belakang menghala ke atas.
 

kemalangan


Jelas Oliphant lagi, keadaan itu seakan mencipta satu 'landasan' di mana trak semi itu akhirnya mendarat di atas kereta itu, dan agak mustahil untuk meneka keadaan mangsa berdasarkan struktur kereta yang remuk teruk itu.

Pemandu wanita itu diberitakan merangkak keluar dari kereta dan mengalami kecederaan ringan di rusuk serta di kepala.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Automotive News, peranan yang ditinggalkan oleh dua sedan tersebut akan digantikan…
Berita Global
Di Malaysia, kita sudah biasa tentang berita Myvi yang sering terbang keluar dari habitat asal.…
Berita Global
Wajah Altima SR yang agresif!     Altima sedia ada sudah pun menarik dan model 2023 diserlahkan…