Nissan ajak mewarna, KPGC10, GT-R dan banyak lagi boleh dimuat turun

oleh Muhammad Md Tajudin|
Di dalam masa terluang di rumah sekarang ini, banyak aktiviti yang boleh dilakukan sama ada secara sendirian atau bersama ahli keluarga.

Menyedari hakikat tersebut, Nissan menggunakan kesempatan yang ada dengan mengajak orang ramai untuk mewarna model-model ikonik dan klasik.

Program ini adalah sebahagian daripada projek sosial #DrawDrawDraw yang menghubungkan komuniti artis di serata dunia.

Ada 23 model semuanya dari model klasik GT-R KPGC10, 370Z Roadster sehingga model elektrik LEAF.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Fairlady 240Z

 

Para pereka Nissan dari serata dunia telah menghasilkan lukisan tersebut dalam masa beberapa minggu lepas susulan perintah kawalan bagi mengekang pandemik coronavirus.

Menurut Naib Presiden Kanan Reka Bentuk Global Nissan, Alfonso Albaisa, projek ini diinspirasi oleh pereka Nissan Giovanny Arroba, individu kreatif di sebalik model Ariya Concept yang didedahkan sebelum ini.

Semasa ditanya tentang bagaimana untuk menjadi pereka kereta, beliau menjawab '"Draw like crazy. Draw, draw, draw."

 

Nissan_ GT-R_(heritage)

 

Selain itu, para pereka Nissan juga akan memuat naik siri rakaman video mengenai inspirasi reka bentuk, apa yang dilukis, bagaimana mereka menjadi pereka dan tips bagaimana untuk menceburi bidang ini.

Alfonso Albaisa sendiri memuat naik rakaman video lukisan dan persoalan di sebaliknya.

Mereka yang berminat boleh memuat turun gambar mewarna dan letakkan tanda pagar #drawdrawdraw.

Berikut adalah lima pilihan model Nissan kegemaran penulis:

1. Nissan Skyline GT-R KPGC10

2. Fairlady Z

3. Juke

4. Elgrand

5. LEAF

Anda pula bagaimana? Jika bernasib baik pereka Nissan sendiri akan memberi maklum balas terhadap lukisan dengan menggunakan tanda pagar tersebut.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 Nissan Concept 2020 Vision GT

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Nissan memaklumkan X-Trail N-Trek disasarkan kepada keluarga yang sukakan cabaran dan kegiatan…
Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…