Nissan 350 Z dari filem Fast and the Furious Tokyo Drift ini untuk dijual

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kenderaan yang digunakan sebagai prop dalam filem pecah panggung sememangnya bernilai tinggi. Mahal disebabkan nilai kenangan yang ada serta minat mereka yang berharta pada model ini. Bayangkan kereta DeLorean DMC-12 yang digunakan dalam filem Back to the Future.

Teringat kereta itu sahaja sudah membuat peminat filem ini tersenyum. Memilikinya pula adalah suatu kepuasan.

Ini ada sebuah kereta yang digunakan dalam filem kereta moden dan boleh dikatakan terbesar sejak berbelas tahun lalu. Apa lagi kalau bukan Fast and the Furious.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan 350 Z Fast and the Furios Tokyo Drift

 

Sebuah Nissan 350 Z yang dimiliki oleh Takashi atau Drift King (DK) dari filem Fast and the Furious: Tokyo Drift telah diiklankan dalam Auto Trader yang merupakan laman jual beli kenderaan terbesar di United Kingdom.

Nissan 350 Z milik DK ini digunakan dalam babak perlumbaan drift di sekitar bandar Tokyo. Unit asli dari filem ini diiklankan oleh Auto Logix yang merupakan wakil pemilik yang juga seorang pengumpul kereta di mana beliau telah membelinya dari Universal Pictures selepas tayangan filem popular tersebut.

350 Z ini didaftarkan di Jepun pada tahun 2002 dan masih mengekalkan peralatan asal untuk filem tersebut. Auto Logix mengiklankannya sebagai 350 Z paling popular di dunia dan hanya satu dari dua 350 Z yang masih selamat dalam produksi filem ini.

 

Nissan 350 Z Fast and the Furios Tokyo Drift

 

Dikatakan bahawa enam buah 350 Z dilupuskan sewaktu pengambaran filem FnF Tokyo Drift dan unit yang hendak dijual ini satu-satunya dilengkapi naik taraf seperti enjin turbo berkembar APS. Unit ini juga dipercayai sebagai kereta utama dalam babak drift dalam filem.

Jika anda berhajat untuk memilikinya atau berkongsi di media sosial, Nissan 350 Z DK ini hendak dijual pada harga GBP 99,950 atau RM 547,685. Mahal?

Sememangnya iya, namun kereta seumpama ini jarang mengalami susut nilai dan biasanya boleh membuat untung kepada pemiliknya. 

 

Nissan 350 Z Fast and the Furios Tokyo Drift

 

Fast and the Furious: Tokyo Drift adalah filem pecah panggung yang ditayangkan pada tahun 2006 dengan kutipan di seluruh dunia sebanyak USD 95,953,877.

Tokyo Drift adalah filem sequel ketiga dan 'terkedepan' Fast and the Furious dengan beberapa prequel dibelakangya. Sehingga kini sebanyak lapan edisi filem FnF sudah ditayangkan di pawagam dengan kutipan yang tidak pernah mengecewakan.

Mungkin boleh dinobatkan sebagai filem kereta terbesar pada abad ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Nissan memaklumkan X-Trail N-Trek disasarkan kepada keluarga yang sukakan cabaran dan kegiatan…
Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…