Nio, Shell kerjasama bangunkan stesen penukaran bateri EV di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat EV China, Nio baru-baru ini memasuki kerjasama strategik dengan Shell bagi membangunkan stesen penukaran bateri EV di Eropah.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurut laporan daripada Auto Express UK, NIO dan Shell merancang untuk membina dan pengendalikan fasiliti pengecasan serta stesen penukaran bateri, selain menambah 100 lagi stesen penukaran bateri di China menjelang tahun 2025.

Sehingga kini, NIO sudah pun mempunyai lebih daripada 300 stesen penukaran bateri di China yang hanya dikhususkan untuk para pemilik kenderaan jenama itu sahaja.

Fasiliti sedia ada mampu untuk menukarkan sebuah pek bateri yang sudah digunakan kepada pek bateri yang sudah dicas penuh dalam masa tiga minit sahaja, dan pencapaian ini sudah semestinya jauh lebih pantas jika dibandingkan dengan kemudahan pengecasan pantas - atau pengisian bahan api.
 

Shell Recharge


Di Eropah, Shell akan memastikan jaringan pengecasan boleh digunakan oleh para pemilik NIO selain membenarkan syarikat EV China itu untuk memasang fasiliti penukaran bateri di stesen minyaknya.

Sebagai balasan, NIO akan memasang poin pengecasan pantas Shell Recharge di sesetengah fasiliti yang dimilikinya.

NIO telah pun memulakan penaklukan di pasaran Eropah menerusi model SUV ES8 dan sedan ET7 di negara Norway, dan menurut firma itu lagi mereka berkemungkinan akan memasuki pasaran UK sekiranya terdapat cukup permintaan terhadap EV mereka.

Sumber: Auto Express UK

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Pengarah Urusan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain,…
Informasi
Syarikat itu berkata, bagi peringkat pertama, lorong paling kiri dan tengah Lebuhraya Persekutuan (…
Berita Domestik
Hari ini, syarikat minyak global Shell menjawab perkara tersebut dengan berkata bahawa ia kekal "…