myTukar, PolicyStreet.com tawar polisi insurans untuk pembelian kenderaan pra-milik

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat myTukar Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan PolicyStreet.com bagi menawarkan polisi insurans untuk pembelian kenderaan pra-milik yang pertama di dalam industri.
Modenas

PolicyStreet.com dimiliki oleh Polisea Sdn Bhd, syarikat Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia.

Menerusi kerjasama ini, para pelanggan myTukar boleh mendapatkan sebut harga insurans dengan segera daripada penyedia utama insurans menerusi platform myTukar, selain turut menyokong pembelian insurans untuk kenderaan baharu serta pembaharuan polisi insurans.

Menurut Fong Hon Sum, CEO myTukar berkata, "kami berasa amat gembira dapat bekerjasama dengan PolicyStreet.com, di mana ia diwujudkan berdasarkan keperluan perubahan terhadap industri insurans tradisional dan menjadikannya lebih ringkas, mudah dan berpatutan.

"Ia adalah selari dengan misi myTukar dalam menjadikan pembelian dan penjualan kenderaan pra-milik yang lebih ringkas, memudahkan, cekap dan telus.

Pelanggan myTukar kini boleh mendapatkan akses kepada insurans yang terbaik dan paling sesuai untuk mereka dengan tiga langkah mudah:  

  1. Masukkan butiran – masukkan butiran kenderaan dan jana sebut harga segera
  2. Banding harga terbaik – banding dan dapatkan sebut harga yang terbaik daripada senarai penyedia insurans.
  3. Buat pembayaran – Isi maklumat peribadi dengan tambahan maklumat sekiranya ada dan terus membuat pembayaran.

Antara penyedia insurans utama yang boleh didapati menerusi myTukar termasuklah:

  • Allianz General Insurance Company Berhad
  • AXA Affin General Insurance Berhad
  • Berjaya Sompo Insurance Berhad
  • Pacific and Orient Insurance Co. Berhad
  • RHB Insurance Berhad
  • Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi www.myTukar.com atau talian 1-800-22-5999.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Aaron Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Carro berkata, "ini merupakan satu…
Berita Domestik
myTukar contohnya mempunyai lima sebab utama yang anda perlu timbangkan bila anda hendak membeli…
Berita Domestik
Mengulas perkara tersebut, Fong Hon Sum selaku CEO myTukar berkata, "kami memanfaatkan pengumuman…