myTukar buka pusat pameran di Puchong South

oleh Mohamad Hanif|
Platform perdagangan kenderaan terpakai myTukar baru-baru ini melancarkan pembukaan pusat pameran myTukar Retail Experience Centre yang terletak di Puchong South.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat pameran bertaraf mercu ini merupakan antara yang terbaharu dibuka kepada umum selepas pusat pameran dibuka di Skudai, Johor Bahru dan diikuti lokasi seterusnya di Seremban dan Melaka menjelang Mac 2022.
 

myTukar


Ia merupakan pusat sehenti yang bakal menawarkan kemudahan seperti pameran kenderaan, sesi pandu uji, perkhidmatan pembelian, pusat pemeriksaan kenderaan serta khidmat selepas jualan.

Serentak dengan itu, myTukar turut secara rasmi melancarkan acara hujung minggu myTukar AutoFair 2022 yang bakal menempatkan lebih 1,000 unit kenderaan terpakai, serta penawaran aksesori daripada pelbagai pengeluar automotif terkemuka.
 

myTUkar


Para pengunjung AutoFair 2022 juga berpeluang untuk mendapatkan nilai tukar beli untuk kenderaan mereka dalam tempoh segera, kelulusan pinjaman pada hari yang sama serta membawa pulang kenderaan yang diinginkan.

Khusus untuk tempoh tiga hari ini (7-9 Januari 2022), pembeli kenderaan di myTukar AutoFair 2022 akan mendapat manfaat seperti servis percuma selama dua tahun, lanjutan waranti satu tahun, jaminan wang dikembalikan dalam tempoh lima hari, kadar faedah serendah 1.68% dengan ganjaran bernilai lebih RM800,000 untuk dibawa pulang.
 

MyTukar


Pengunjung yang menempah apa jua model kenderaan di AutoFair juga berpeluang untuk membawa pulang sebuah Proton X70 Premium bernilai RM100,000.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…