Fasiliti ini terletak di Malibu, California. Mempunyai keluasan 7000 kaki persegi dan kawalan keselamatan yang rapi, ia lengkap dengan peralatan moden seperti alat pengawal suhu, kawalan kelembapan, kawalan habuk dan anti-bakteria.
Kesemua alatan ini dikawal dengan menggunakan komputer bagi mengekalkan suhu di dalam fasiliti ini di dalam lingkungan 22-23 darjah Celcius dengan kadar kelembapan sekitar 50%. Keadaan ini dilihat sesuai untuk meletakkan kenderaan bagi satu tempoh masa yang lama tanpa merosakkan struktur luaran dan dalaman.
Senarai kereta yang beliau miliki juga tak kurang hebatnya. Antara yang dilihat berada di dalam garaj itu termasuklah LaFerrari, Ferrari 430 Spider, McLaren P1, Pagani Zonda Coupe, Ferrari 360 Challenge, Ferrari 360 GT dan yang terbaharu 600 hp Ruf Turbo Coupe Wide Body.
Menurut Goldman lagi, beliau tidak menolak kemungkinan bakal melepaskan koleksi supercarnya kepada yang berminat.
Seperti yang diberitahu di awal artikel, kos pembelian bangunan ini sahaja berjumlah US$10 juta tidak termasuk dengan kos pelepasan supercar. Bermakna anda perlu menyediakan lebih dari itu untuk memiliki segalanya. Anda mampu?
Sumber: Robb Report
Penulis: Muhamad Hanif