Muzium Fernando Alonso - Toyota Hilux tarikan terbaru

oleh SALINA JALIL|
Muzium Fernando Alonso menambah bilangan koleksinya apabila memasukkan Toyota Hilux yang digunakan oleh pelumba Sepanyol itu ketika membuat penampilan pertama di Rali Dakar 2020.


Juara dunia Formula Satu (F1) sebanyak dua kali itu menganggap kereta berkenaan satu daripada benda penting di muzium berkenaan yang kini menempatkan 300 barangan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Terletak di Asturias, utara Sepanyol, Muzium Fernando Alonso itu sedang dalam proses membesarkan ruang pameran dalam usaha membawa masuk barangan baru.

 

Kenderaan Toyota Hilux itu menarik perhatian peminat Alonso yang tidak sabar menunggu peluang melihat kenderaan berkenaan di pamerkan di muzium itu kata pengurusnya, Ricardo Moran.

 

"Ia adalah satu karya yang paling dinanti-nantikan," kata Moran sambil menambah bahawa keunikannya 'menyerlah' berbanding kereta lain di muzium yang turut mempamerkan kereta Toyota yang dipandu Alonso ketika muncul juara dua kali Le Mans dan kereta Renault F1 yang dipandunya ketika muncul juara dunia pada 2005.

Muzium berkenaan turut menawarkan barangan yang boleh mengimbau karier perlumbaan Alonso melalui pakaian, trofi dan topi keledar termasuk kart pertamanya yang dibuat sendiri oleh bapanya Jose Luis untuk kakaknya.

 

 

EFE