Kombi paling 'offroad" dari VW!

oleh HEZERI SAMSURI|
Volkswagen Commercial Vehicles baharu sahaja selesai proses baik pulih sebuah model unik yang dinobatkan oleh syarikat itu sebagai Bulli (VW Type 2 atau Kombi) paling "off-road" di dunia.

Van Type 2 itu berasal dari sebuah van T1 standard tahun 1962 dan diubahsuai oleh seorang mekanik Austria, Kurt Kretzner yang menambah dua lagi gandar untuk dilengkapi dengan tali sawat trek untuk meredah kawasan bersalji.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua gandar hadapan masih menggunakan roda-roda bersaiz 14 inci dengan tayar "off-road" dan berfungsi untuk membelok. 

Dua gandar di belakang dipasang dengan roda-roda 13 inci yang kemudian dipasang dengan tali sawat trek lengkap dengan LSD untuk mengharungi permukaan bersalji tebal.

 


 

 

Kuasa datang dari enjin standard 1.2L dari VW yang menghasilkan 34 hp manakala setiap roda dilengkapi dengan sistem brek.

Halaju maksimum cuma 35 kmsj, cukup untuk memastikan semua orang nampak muka anda yang sedang memandu kenderaan "rare" ini.

Kretzner dilaporkan cuma membina dua unit sahaja dan ini kemungkinan besar satu-satunya unit yang masih wujud sekarang. 

 

 

Pasukan Volkswagen Commercial Vehicles membeli kenderaan ini semula dalam tahun 2018 dan melakukan proses baik pulih serta modifikasi kepada kabinnya.

Ia akan dipamerkan di muzium Volkswagen. Harapnya Proton dan Perodua juga boleh melakukan proses baik pulih untuk model-model istimewa mereka agar boleh dilihat oleh generasi-generasi mendatang.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…