Muzium automotif US tawar lawatan secara maya

oleh HEZERI SAMSURI|
Walaupun banyak institusi telah ditutup untuk pelawat, dua muzium automotif di California sedang menawarkan lawatan secara maya (virtual) untuk mereka yang berminat.

Petersen automotive Museum di Los Angeles dan Mullin Automotive Museum di Oxnard sekarang menawarkan lawatan secara maya ini kepada pelawat-pelawat yang tidak mahu meninggalkan kediaman mereka.
Modenas

Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada mereka melihat bahan-bahan pameran menarik yang ada pada setiap muzium tersebut.

Mullin Automotive Museum dilancarkan pada tahun 2010 dan mempamerkan kenderaan-kenderaan koleksi pemiliknya, Peter W. Mullin, seorang peminat kereta dan juga seorang dermawan.

Antara yang menarik di muzium Mullin ialah barisan jentera Bugatti dan kereta-kereta klasik Perancis. Turut dipamerkan ialah kereta-kereta lumba dari Le Mans dan Grand Prix.

Lawatan maya percuma itu dianjurkan melalu Instagram Live dan anda boleh menyertainya.

 

 

Muzium Automotif Petersen pula mempunyai lebih kurang 250 buah kenderaan "rare" dan ikonik dari seluruh dunia.

Lawatan maya untuk muzium Petersen berharga US$3, 86 peratus lebih murah dari harga tiket sebenar. 

Anda boleh menempah sesi lawatan anda di laman web Petersen.

Menarik bukan?

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut pihak berkuasa, pesawat jenis Turboprop Gatotkaca N250 itu dalam perjalanan dari Jawa Barat…
Berita Global
Namun, Toyota selaku pemilik Fuji Speedway kini mempunyai perancangan tersendiri bagi memeriahkan…
Hezeri Samsuri
Hans pernah bekerja dengan saya di Cars Bikes and Trucks, New Sunday Times dan beliau adalah…