Murah dari harga pasaran, bengkel dedah bendalir transmisi tiruan jenama terkenal dijual di Shopee

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto Hiasan
Di era segalanya di hujung jari, ramai yang memanfaatkan kebaikannya melalui penggunaan menyeluruh terhadap urusan harian terutama sekali melalui telefon pintar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ada baik, ada buruk. Antaranya pembelian barangan secara atas talian, dimana masa kini hampir segalanya boleh ditempah atau dibeli secara atas talian, termasuklah alat-alat ganti kereta dan motosikal.

Dengan lambakan pelbagai jenis alat ganti di platform beli-belah atas talian seperti Shopee dan Lazada, pastinya akan ada penjual yang mengambil kesempatan untuk menganiaya pembeli dengan menjual barangan tiruan.

Isu alat ganti tiruan ini bukan lah perkara baru, ianya telah berleluasa semenjak dari zaman jualan dari kedai fizikal, namun dahulunya ia lebih mudah untuk dikesan apabila dilihat secara berdepan.

Kini, dengan mengharapkan penerangan produk dan gambar iklan atas talian semata-mata, aktiviti jualan alat ganti tiruan semakin berleluasa, sebagai contoh yang paling banyak terjadi ialah minyak pelincir enjin dan cecair transmisi tiruan.

 

2

 

Baru-baru ini bengkel di Petaling Jaya, Bluegreen Motor Werks telah berkongsi melalui hantaran Facebook mengenai siasatannya mengenai penemuan produk tiruan melibatkan bendalir transmisi automatik jenama terkenal, ZF Lifeguard Fluid.

Menurutnya, penemuan produk tiruan itu terjadi apabila mereka bertemu seorang pemilik BMW yang menjadikan platform Shopee sebagai penanda aras bagi harga untuk mendapatkan alat ganti.

Penulis yakin, ramai sudah mengenali istilah 'Shopee Motorsport', dimana ada pengguna kini lebih gemar membeli dan membandingkan harga alat ganti, termasuk alat prestasi yang dijual di Shopee dengan harga lebih murah tanpa memikirkan akibatnya kelak.

Dalam kes kali ini, bengkel tersebut telah menemui salah satu produk jenama terkenal, iaitu ZF Lifeguard Fluid 6 dan 8 yang dijual dengan harga sehingga 60 peratus lebih murah berbanding pasaran sebenar.

Bagi mengetahui lebih lanjut, bengkel tersebut telah membeli satu karton ZF Lifeguard Fluid 8 dari dua penjual berbeza di Shopee untuk membuat perbandingan.

 

3

 

Setelah dibandingkan, kedua-dua ZF Lifeguard Fluid 8 yang dibeli dari dua penjual tersebut didapati tiruan, dimana ianya sekaligus dapat dikenal pasti melalui perbezaan warna dan bau.

Perkara lain yang menguatkan lagi dakwaan tersebut ialah melalui cara pembungkusan, dimana cetakan pada botol bendalir tersebut sememangnya berbeza dari segi tulisan dan ejaan dalam bahasa Jerman.

Ada juga botol yang dicetak dengan tarikh pembuatan pada tarikh Oktober 2023, dimana penulis sendiri pasti ianya palsu kerana mesin merentas masa masih lagi sebuah perkara fiksyen.

Apa yang merisaukan, kedua-dua penjual tersebut telah mencatatkan beribu jualan dari produk tiruan tersebut.

Sebagai pengguna dan pembeli, kita harusnya menjadi lebih peka dan bijak untuk bersama mengangani isu yang pastinya menimbulkan kerisauan itu.

Jangan kerana mahu jimat beberapa puluh ringgit, kelak anda perlu menangis kerana kerugian beribu ringgit untuk menanggung kos kerosakan akibat penggunaan produk dan alat ganti tiruan.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Serbuan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang…
Berita Domestik
  “Selepas 1 Januari, produk-produk yang masuk pasaran mesti memenuhi piawaian sebab kebanyakan…
Informasi
Namun, anda harus berjaga-jaga kerana tidak semua barang yang dijual dalam talian adalah disahkan…