Awas! Palam pencucuh anda mungkin sekali barang tiruan!

oleh Mohamad Hanif|
Kewujudan kedai-kedai dalam talian pada masa kini sememangnya memudahkan urusan kita untuk membeli barangan, apatah lagi ada di antara kita yang tidak mempunyai masa dek kesibukan kerja seharian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, anda harus berjaga-jaga kerana tidak semua barang yang dijual dalam talian adalah disahkan tulen dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh pengeluar. 
 


Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Federal Chamber of Automotive Industries (FCAI) Australia serta gabungan pengeluar automotif mendapati majoriti barangan dan alat ganti kenderaan yang dijual dalam talian didapati palsu!

Dengan akal penjenayah yang lebih panjang masa kini, sememangnya sukar untuk membezakan antara palam pencucuh palsu dengan yang sebenar. 

Ini kerana kebanyakan daripada palam pencucuh yang dibeli didatangkan dengan kotak yang hampir menyerupai barangan tulen daripada jenama-jenama besar seperti Honda, Nissan, Mazda dan juga Toyota. 

Menurut Tony Weber, wakil FCAI berkata, "walaupun kami mempunyai pakar tersendiri dalam memeriksa palam pencucuh dan kotak pembungkusan, mereka sendiri sukar untuk memberitahu perbezaan antara keduanya. 

"Anda tidak akan tahu ia barangan palsu, sehinggalah anda terlewat untuk menyedarinya.
 


Kebanyakan daripada palam pencucuh palsu menggunakan bahan rendah kualiti dan ia hanya mampu dikesan perbezaannya apabila komponen tersebut dibelah secara keratan rentas. 

Tambah FCAI lagi, palam pencucuh palsu ini mampu menghalang prestasi enjin sebenar serta mampu menyebabkan kerosakan ketara kepada enjin. 

Penggunaan palam pencucuh yang rendah kualiti boleh menyebabkan kadar penggunaan bahan api yang tinggi, dan kesukaran untuk menghidupkan enjin. 

Malah, keadaan yang terlalu panas juga boleh menyebabkan palam pencucuh yang digunakan cair dan merosakkan lagi enjin dengan lebih ekstem.

 


Organisasi itu walaubagaimanapun tidak menyebut laman dalam talian yang menyediakan penjualan palam pencucuh palsu, namun mereka bekerjasama dengan platform penjualan sedia ada bagi mengharamkan penjualan barangan tersebut bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.