Motosikal tunggal keluaran Ferrari yang tidak ramai tahu

oleh Afandi Che Muhamad|
Ramai dalam kalangan kita tidak tahu bahawa Ferrari bukan sahaja menghasilkan kereta, syarikat tersebut juga pernah mengeluarkan motosikal.

Motosikal dimaksudkan adalah seperti yang anda dapat lihat di bawah ini.

 

Untuk makluman, motosikal tanpa nama itu mengambil masa selama 3,000 jam untuk dihasilkan sepenuhnya menggunakan tangan.

Menariknya, hanya seunit sahaja dihasilkan di seluruh dunia.

Dihasilkan pada tahun 1990 bagi memperingati kematian Enzo Ferrari (Pengasas Ferrari), motosikal tersebut digerakkan dengan nadi enjin empat silinder bersesaran 900cc dan berupaya memecut pada kelajuan maksima setinggi 265 kmsj.

Cukup hebat pada masa itu. 

Persoalannya, di mana menghilangnya motosikal ini ya?

Siapa pemiliknya sekarang?

Khabarnya, motosikal tersebut telah dijual kepada seorang pengumpul motosikal di United Kingdom (UK) pada 29 April 2013 iaitu lima tahun lalu.

Harga jualan bagi motosikal tersebut ketika itu ialah AS$137,000 (RM535,923). Wow! Mahalnya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd. Zahir Abdullah berkata,…
Informasi
Ini kerana, kebanyakan peranti iPhone yang terkini dilengkapi dengan sistem penstabilan imej…
Berita Domestik
  “Operasi tersebut dibuat selepas polis menerima maklumat terdapat kumpulan motosikal berkuasa…