Tiada lesen B penuh, 2 pemilik motosikal berkuasa tinggi disaman

oleh Mohamad Hanif|
Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi dikenakan notis saman kerana tidak memiliki lesen dalam operasi khas Ops Khas Motosikal (HRAA) 2022 Jabatan Pengangkutan Japan (JPJ) di susur masuk Jambatan Pulau Pinang di sini malam tadi.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, dalam operasi tersebut, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan bersama isteri semasa dalam perjalanan menikmati makan malam di George Town dari Sungai Petani, Kedah.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati penunggang terbabit tidak memiliki lesen kelas B (penuh).

“Selain itu, seorang lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi berusia dalam lingkungan 20-an dari Kuala Ketil menuju ke tempat kerjanya di kawasan pulau turut ditahan atas kesalahan sama,” katanya semasa operasi yang dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, sepanjang empat hari operasi itu dijalankan, sebanyak 4,902 kenderaan telah diperiksa manakala 1,005 saman meliputi pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.

Sumber: Kosmo