IPD Machang - Nombar plat 'fancy', 246 saman dikeluarkan pada kenderaan mewah, motosikal berkuasa tinggi

oleh SALINA JALIL|
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang mengeluarkan sebanyak 246 saman terhadap pemandu kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi yang menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ dalam Op Perdagangan dan Ops Lancar sejak sebulan lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd. Zahir Abdullah berkata, berdasarkan jumlah itu, kenderaan dari luar Kelantan yang berada di daerah ini didapati banyak menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi.

 

Menurutnya, kebanyakan pemandu kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi didapati mengubah suai warna nombor pendaftaran kepada warna perak dan emas yang pada mereka kelihatan lebih unik.

 

“Perbuatan tersebut menyalahi undang-undang jalan raya dan polis memandang serius berhubung isu ini.

 

“Selain mengeluarkan saman, kesemua pemandu yang terlibat diarahkan untuk menukar kepada nombor pendaftaran yang diluluskan dalam tempoh tertentu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Derma Darah di IPD Machang semalam.

 

Dalam perkembangan berasingan, Mohd. Zahir berkata, kegiatan merempit dan samseng jalanan di Machang dilihat masih terkawal kerana pasukannya kerap menjalankan rondaan di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

 

 

– KOSMO! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Lima kereta serta tiga motosikal itu disaman polis dalam Op Khas Kesalahan Nombor Pendaftaran…
Berita Domestik
  Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Picthay berkata sebanyak 9,985 saman dikeluarkan di…