Motosikal jadi rebutan tetapi tiada stok! Harga dijangka naik antara RM300 - RM500

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Rakyat perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan harga motosikal yang dijangka meningkat dalam tempoh tiga ke enam bulan akan datang ekoran situasi ekonomi global serta keadaan pasaran semasa menurut laporan Kosmo.


Ketika ini, permintaan motosikal semakin meningkat sejak dua bulan lalu selepas ramai warga kota mula beralih menggunakan kenderaan itu untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang makin teruk di Lembah Klang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beberapa penjual motosikal mendakwa, harga jualan dijang­ka mengalami kenaikan antara RM300 sehingga RM500.

 

Seorang penjual motosikal, William Ho berkata, premisnya sudah kehabisan stok motosikal jenis kapcai dan pembeli terpaksa menunggu sehingga tiga bulan lamanya bagi mendapatkan kenderaan itu.

 

“Kita tidak boleh buat apa-apa, permintaan sangat tinggi, tetapi motosikal tiada.

 

“Harga motosikal pula dijangka naik kira-kira RM300 ke RM500 bergantung kepada jenis, namun masih belum dapat dipastikan tarikh sebenar kenaikan itu,” katanya semalam.

 

William memberitahu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kenaikan tersebut seperti harga alat ganti yang semakin mahal selain harga jualan motosikal yang diimport turut mening­kat.

 

Seorang lagi penjual, Lily Lau memberitahu, permintaan terhadap motosikal terutama kapcai didapati telah meningkat lebih 50 peratus sejak April lalu.

 

“Di kedai saya, motosikal berkapasiti enjin 150cc ke bawah laris terjual macam goreng pisang panas,” ujarnya.

 

gambar hiasan

 

Naib Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia, Datuk Tan Tien Chye pula berkata, harga pasaran motosikal dijangka meningkat dalam tempoh tiga ke enam bulan akan datang susulan nilai Ringgit yang rendah dan peningkatan harga import di seluruh dunia.

 

“Kebanyakan motosikal kita diimport dari Thailand dan Indonesia, apabila barang import, harga semakin mahal, kita pun beli makin mahal, takkan nak jual pada harga yang sama.

 

“Isu ini terjadi di seluruh dunia,” katanya.

 

Beliau berkata, permintaan yang tinggi sehingga kilang kehabisan stok juga menjadi punca kepada peningkatan harga jualan motosikal.

 

Jelasnya, dalam ekonomi, apabila permintaan meningkat, tetapi bekalan pula kurang, sudah tentu harganya akan meningkat.

 

“Terdapat lebih 40,000 permintaan di seluruh negara, namun pembekal hanya mampu membekalkan kira-kira 20,000 unit sebulan,” ujarnya.

 

Katanya, faktor lain pula dise­babkan pandemik Covid-19 sebelum ini telah merencatkan had pengeluaran motosikal di kilang.

 

“Pembeli kini terpaksa me­nunggu tiga hingga ke enam bulan bagi mendapatkan motosikal yang ditempah dan ini adalah perkara biasa.

 

“Syarikat pengeluar juga menghadapi masalah kekura­ngan tenaga kerja sebelum ini ekoran pandemik Covid-19, jadi itu sedikit sebanyak akan merencatkan pengeluaran motosikal di seluruh dunia,” ujarnya.

 

Menurutnya, pada tahun ini sehingga April sahaja, sebanyak 217,287 unit motosikal baharu telah didaftarkan di Jabatan Pe­ngangkutan Jalan (JPJ).

 

“Bilangannya dijangka terus meningkat atas beberapa faktor seperti pengeluaran khas duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

 

“Motosikal juga kini menjadi pengangkutan yang terbaik untuk mengelakkan kesesakan trafik selain menjimatkan kos petrol,” ujarnya.

 

Beliau memberitahu, masalah kekurangan bekalan motosikal dijangka selesai pada Ogos nanti, sekali gus mampu menampung permintaan tinggi daripada orang ramai.

 

Berdasarkan ‘harga body’ ia­itu harga bukan di atas jalan (OTW), motosikal jenis Yamaha 135LC dijual antara RM7,500 hingga RM8,000, Yamaha Y15ZR (RM8,000-RM8,500), Yamaha Y16ZR (RM11,600), Honda Rs-X (RM9,500) dan Honda Wave 110 Alpha (RM4,600).

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…