Monorel Melaka - perkhidmatan terhenti kerana masalah kontrak

oleh SALINA JALIL|
Antara punca kegagalan perkhidmatan Monorel Melaka untuk kembali beroperasi sejak dihentikan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu adalah masalah berhubung kontrak.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, meskipun monorel itu adalah salah satu produk pelancongan, ia diselia sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, justeru, MBMB diminta mengambil tindakan yang sewajarnya agar projek yang menelan kos sebanyak RM16.5 juta itu tidak terus ‘berkubur tanpa nisan’.

 

Katanya lagi, setakat ini mesyuarat kerajaan negeri juga tidak membincangkan perkara itu memandangkan ia berada di bawah bidang kuasa PBT.

 

“Monorel tu sebenarnya bukan bawah saya, ia bawah MBMB. Jadi yang saya faham mungkin ada sedikit persoalan timbul tentang kontrak. Saya rasa penjelasan yang terbaik adalah daripada MBMB.

 

“Kita minta MBMB ambil tindakan yang sewajarnya supaya monorel dapat dihidupkan balik atau diperbaharui,” katanya ketika dihubungi.

 

Akhbar ini semalam melaporkan, perkhidmatan Monorel Melaka yang dahulunya menjadi kebanggaan rakyat negeri ini sebagai salah satu produk pelancongan paling menarik, kini terbengkalai kerana tidak beroperasi.

 

Sebelum PKP) pada Mac tahun lalu, perkhidmatan monorel sepanjang 2.5 kilometer itu dilihat beroperasi namun menurut beberapa peniaga di Monorel Food Village, ia bergerak hanya pada masa tertentu.

 

Sejak PKP dilaksanakan, perkhidmatan monorel yang mula beroperasi pada 2010 itu tidak lagi bergerak menyusuri Sungai Melaka dan Kampung Morten.

 

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, dua gerabak itu kini tersadai di Stesen Monorel di persimpangan Tun Ali di sini manakala kaunter tiket ditutup tanpa sebarang notis ditampal.

 

 

 

– UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani memberitahu…
Berita Domestik
  Sejak PKP pertama dilaksanakan, perkhidmatan monorel yang mula beroperasi pada 2010 dengan kos…