Kontrak Monorel Melaka ditamatkan kerana langgar syarat perjanjian

oleh Mohamad Hanif|
Kontrak syarikat pengendali Monorel Melaka ditamatkan kerana didapati melanggar terma dan syarat perjanjian yang dimeterai bersama Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani memberitahu persidangan DUN Melaka, pelanggaran utama yang dilakukan syarikat berkenaan ialah menambah klausa dalam perjanjian yang dimeterai, iaitu membangunkan 15 lot tanah kawasan persekitaran Stesen Monorel Melaka.

Tambah beliau lagi, klausa ini tidak ada dalam perjanjian asal yang ditandatangi bersama UPEN dan dibuat pada 23 Ogos 2018.

Muhammad Jailani berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Low Chee Leong (DAP-Kota Laksamana) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Seri Negeri di sini.

Terdahulu, Low ingin mengetahui status Monorel Melaka yang menjadi salah satu ikon pelancongan negeri itu yang mula dibangunkan pada 2017 namun kini tidak beroperasi dan didakwa menjadi projek gagal kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Muhammad Jailani berkata selain itu, syarikat berkenaan gagal membayar yuran komitmen sebanyak RM100,000 kepada UPEN bagi melaksanakan projek itu selain tidak membayar lima peratus daripada jumlah keuntungan atau minimum RM1,000 kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sejak kontrak bermula.

Beliau berkata syarikat berkenaan juga telah mengabaikan aspek keselamatan dalam mengendalikan perkhidmatan berkenaan, antaranya cermin hadapan bahagian pemandu monorel tidak mematuhi peraturan terpakai iaitu tidak jelas dan kabur, kabel dalam monorel terdedah, kunci pintu monorel tidak berfungsi, tiada penyelenggaran pintu monorel dan lif di stesen itu tidak berfungsi.

"Banyak terma dan syarat yang telah dilanggar syarikat berkenaan dan kita di peringkat kerajaan negeri tidak boleh lagi bertoleransi dengan pelanggaran itu kerana ia bukan sahaja merugikan kerajaan tetapi turut membahayakan keselamatan orang awam," katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata, justeru, MBMB diminta mengambil tindakan yang sewajarnya agar projek yang…
Berita Domestik
  Sejak PKP pertama dilaksanakan, perkhidmatan monorel yang mula beroperasi pada 2010 dengan kos…