Modenas Pulsar RS200, Dominar D400 turun harga! (Bermula dari RM9.9k)

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengumumkan penurunan harga bagi model Modenas Pulsar RS200 dan Modenas Dominar D400 berkuatkuasa 8 Mac 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pengumuman tersebut, harga jualan bagi model Modenas Pulsar RS200 kini sekitar RM9,990 sahaja, atau pengurangan sebanyak 12 peratus (RM1,360). 

Manakala model Modenas Dominar D400 pula kini dijual pada harga RM13,788 dengan penurunan sebanyak 11 peratus, atau RM1,700 berbanding harga asal. 

Menurut CEO MODENAS, Roslan Roskan memberitahu, langkah pengurangan tersebut adalah disebabkan kos pembuatan kedua-dua model yang semakin menurun berikutan penambahbaikan terhadap proses pengeluaran. 

Ini sekaligus menjadikan kedua-dua model Pulsar dan Dominar lebih mampu milik bagi semua peminat jentera dua roda di Malaysia. 

 


Modenas Pulsar RS200 didatangkan dengan enjin silinder tunggal sejukan cecair bersesaran 199.5cc menghasilkan 24.5 PS dan 18.6 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan. 

Manakala Modenas Dominar D400 pula hadir dengan nadi bersesaran 373.3cc menghasilkan 35 PS dan 35 Nm daya kilas digandingkan dengan kotak gear enam kelajuan. 

Kedua-dua model ini dilengkapi dengan sistem DTS-i yang memberikan penjimatan bahan api. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Konvoi tersebut terdiri daripada 25 orang pemilik Modenas Dominar D400 dan tujuh Modenas Pulsar…
Berita Domestik
Berikut merupakan senarai motosikal MODENAS yang dilindungi di bawah program EW baharu ini:…
Pelancaran Motosikal
Antara ciri yang dimuatkan pada model tahun 2021 ini adalah penggunaan fork hadapan jenis terbalik…