MODENAS tawar program lanjutan jaminan - 2 tahun/60,000 km

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat MODENAS baru-baru ini memperkenalkan program lanjutan jaminan baharu dengan tambahan tempoh sehingga dua tahun atau jarak perbatuan 60,000 km (yang mana terdahulu) untuk model-model terpilih yang didaftarkan mulai 1 September 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikut merupakan senarai motosikal MODENAS yang dilindungi di bawah program EW baharu ini:

  • Kriss 110
  • Karisma 125S
  • Elegan 250
  • Pulsar RS200
  • Pulsar NS200
  • Dominar D400

Program EW ini ditawarkan oleh rakan kongsi insurans MODENAS, Alliansz General Insurance Company (M) Berhad) yang akan berfungsi sebagia penyedia program EW dan Allianz Partners Malaysia sebagai penyedia khidmat tunda.
 

elegan


Ia akan meliputi kerosakan motosikal yang tidak dijangka bagi semua komponen mekanikal dan elektrik, serta manfaat berikut:

  • bantuan tepi jalan 24 jam, 365 hari Roadside Breakdown Assistance (RBA) - khidmat tunda ke pusat servis sah MODENAS yang terdekat dalam radius 100km.
  • Pindah milik sepenuhnya atas jualan semula motosikal.
  • Menawarkan nilai jualan semula yang lebih baik untuk motosikal.
  • Penggunaan alat ganti MODENAS tulen: lebih dari 30,000 alat ganti yang disertakan dengan waranti perbatuan tanpa had selama 2 tahun.

Untuk pertanyaan, pelanggan yang berminat boleh menghubungi Talian Bebas Tol MODENAS di 1-800-880-181 atau WhatsApp Careline di 019-570 8135 atau pusat servis MODENAS yang mengambil bahagian.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…