Modenas Dominar D400 2021 dilancarkan - harga dari RM13,997

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini memperkenalkan model Modenas Dominar D400 yang telah dinaiktaraf dari segi teknikal serta penawaran warna baharu, dan harga jualan bermula dari RM13,997 atas jalan tanpa insurans dan cukai jalan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara ciri yang dimuatkan pada model tahun 2021 ini adalah penggunaan fork hadapan jenis terbalik (USD) bagi menggantikan fork teleskopik konvensional.

Penyerap hentak tunggal Nitrox di bahagian belakang didatangkan dengan fungsi larasan pra-muatan.

 

D400


Selain itu, Modenas Dominar D400 didatangkan dengan enjin 373 cc dibantu dengan sistem penyejukan cecair dan teknologi pencucuhan DTS-i yang mampu menghasilkan 40 PS dan daya kilas 35 Nm, dipadankan dengan klac Assist and Slipper dan diakhiri dengan sistem ekzos dengan muncung berkembar baharu.

Sistem pemberhentian motosikal D400 ini menampilkan rotor brek bersaiz 320 mm di depan dan 230 mm di belakang, serta sistem brek anti-kunci (ABS) dua saluran.
 

D400


Penampilan motosikal ini turut diberikan penekanan, di mana terdapat kemasan pad tangki bercorak karbon baharu, serta logo Dominar pada tempat duduk belakang.

Segala informasi dipaparkan menerusi skrin meter LCD yang dilengkapi dengan indikasi kedudukan gear, penunjuk kelajuan, jam, putaran enjin serta kapasiti bahan api yang tersisa.
 

D400


Sistem pencahayaan LED jenis mozek dengan fungsi automatik pula memberikan pencahayaan yang lebih jelas pada waktu malam.

Modenas Dominar D400 2021 boleh didapati dalam dua warna baharu iaitu Savanna Green dan Charcoal Black.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…