Mitsubishi Triton Athlete tampil lebih garang, harga bermula dari RM142 ribu (di Thailand)

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang dijanjikan, Mitsubishi Motors Thailand hari ini melancarkan secara rasmi varian terbaharu kepada barisan trak pikap Triton, dikenali dengan nama Triton Athlete.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pengenalan model baharu ini, ia sekaligus merupakan varian tertinggi buat trak pikap Triton yang membawakan rupa bentuk yang lebih sporty dan tidak pula janggal dibuat sebagai sebuah kenderaan yang mampu memenuhi gaya hidup urban. 

 


Dari segi luaran, ia membawakan kemasan bumper hadapan berwarna hitam berkilat bagi menggantikan elemen krom, termasuklah gril dan juga skid plate di bahagian bawah. 

Terdapat kemasan ejaan MITSUBISHI yang diposisikan di bawah logo gril, manakala perumah lampu utama juga turut diberikan kemasan smoke yang menyerlahkan lagi imej trak pikap ini di bahagian hadapan. 
 


Kemasan warna hitam ini diteruskan di bahagian bumbung, pemegang pintu, perumah cermin sisi dan juga roda aloi bersaiz 18 inci, manakala di bahagian sisi belakang diberikan pelekat badan khas Triton Athlete. 

Sementara itu, di bahagian dalaman pula disediakan kerusi balutan kulit sintetik berwarna hitam berkontraskan jingga, serta kemasan perkataan Athlete. 

Jahitan berwarna jingga itu juga boleh didapati di bahagian lain seperti roda stereng, tombol gear, kemasan pintu, dan brek parkir. 
 


Mitsubishi Triton Athlete tidak membawakan sebarang enjin yang lebih berkuasa, dan masih kekal dengan nadi 2.4 liter MIVEC Turbo Clean Diesel yang mampu menjana 181 PS dan 430 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan. 

Sistem keselamatan yang ada pada trak pikap ini juga masih kekal dengan penawaran ciri seperti Mitigasi Pelanggaran Hadapan, Amaran Titik Buta dengan Bantuan Penukaran Laluan, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Sistem Mitigasi Salah Pecut Ultrasonik, Lampu Suluhan Automatik serta sistem kamera keliling. 
 


Ditawarkan dalam dua varian dan tiga warna (Sunflare Orange, White Diamond dan Jet Black Mica), Triton Athlete dijual di Thailand bermula dari THB1,035,000 (RM142,250) sehinggalah THB1,146,000 (RM157,506)

Berita Berkenaan

Pelancaran
Berbanding Triton Adventure X yang masih lagi menampilkan Dynamic Shield kemasan krom, Triton…
Berita Global
Ya, Triton Athlete yang terdahulu merupakan salah satu varian Triton yang paling menarik dan meriah…
Berita Global
Nampaknya, Mitsubishi Motors Corporation (MMC) bakal membuat kejutan di acara Bangkok International…