Mitsubishi Triton Athlete - pelancaran rasmi di Thailand hujung bulan ini

oleh Mohamad Hanif|
Ingatkah anda pada video promo kami berkenaan Triton Athlete tahun yang lalu?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, Triton Athlete yang terdahulu merupakan salah satu varian Triton yang paling menarik dan meriah dengan kehadiran aksesori serta rupa bentuk yang lebih sporty. 

Berita ini sebenarnya hadir dari negara di bawah naungan trak pikap, di mana Mitsubishi Thailand telah menerbitkan sebuah gambar teaser Triton Athlete serba baharu dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat. 

Apa yang membezakan antara Triton Athlete dan trak pikap Triton standard adalah kemasan yang didatangkan pada bahagian luaran yang kini mengenepikan terus elemen krom pada badan trak pikap. 

Ini termasuklah kemasan krom yang biasa dilihat pada muka Dynamic Shield digantikan dengan penggunaan warna hitam, selain bahagian bawah bumper hadapan, gril, bumbung, bahagian pemegang pintu serta sports bar di bahagian belakang.


 


Set rim 18 inci juga dikatakan bakal menerima layangan warna yang serupa. 

Jika sebelum ini Triton Athlete menampilkan warna luaran putih atau hitam, Mitsubishi nampaknya lebih berani memilih warna jingga sebagai warna rasmi Triton Athlete 2019. 

Penampilan kabin juga bakal mengikut skema warna kontras hitam dan jingga. 

Pelancaran rasmi Mitsubishi Triton Athlete 2019 bakal mengambil tempat di Thailand Motor Expo pada penghujung bulan ini (28 November), sekaligus meraikan ulang tahun pertama pengenalan Mitsubishi Triton. 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…