Triton 'Absolutely Beyond Tough' - adakah ini pencabar Ranger Raptor?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya, Mitsubishi Motors Corporation (MMC) bakal membuat kejutan di acara Bangkok International Motor Show dengan sebuah Strada (Triton) edisi khas. 

Menurut kenyataan daripada pengeluar Jepun itu, konsep yang dibawakan oleh Strada edisi khas tersebut tidak pernah dipamerkan pada mana-mana model sebelum ini. 

Untuk menambah lagi kemisterian disebalik model ini, ia memakai slogan "Absolutely Beyond Tough" - menggambarkan ia sebuah Triton yang lebih serius berbanding model yang dilancarkan sebelum ini.

Berdasarkan gambar yang diberikan, front fascia Triton ini masih kekal dengan elemen Dynamic Shield, dan jika diperhatikan dengan teliti terdapat skid plate dengan elemen warna merah di hadapan. 

 


Manakala di bahagian bumbung juga dipasang bar lampu jenis LED - disyaki unit yang sama didapati pada model konsep Engelberg Tourer. 

Jika anda mempunyai sepasang mata yang tajam, anda akan perasan Triton baharu ini dilengkapi dengan set tayar all-terrain dengan penambahan jarak kelegaan tanah - terima kasih kepada penggunaan sistem penyerap hentak dan spring baharu. 

Mitsubishi memberikan kebebasan kepada para pereka untuk memberikan imej yang lebih garang pada Triton ini, namun butiran lanjut hanya akan didedahkan pada acara pertunjukan di Bangkok pada hujung bulan ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Seiji Watanabe, pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, "kami amat berbesar…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil siasatan awal…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…