Mitsubishi Motors lancar pusat 3S baharu di Kluang

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan pembukaan pusat 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) di Kluang, menjadikan pusat pameran 3S yang ketujuh di negeri Johor.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Dikendalikan oleh K.M. Lim Auto Sdn Bhd, pusat 3S baharu ini mempunyai binaan dua tingkat dengan keluasan binaan mencecah 10,000 kaki persegi, serta membawakan identiti jenama global Mitsubishi.

Selain menempatkan ruang pameran, pusat 3S ini menyediakan ruang servis dengan kelengkapan penuh, tidak ketinggalan ruang rehat pelanggan yang selesa, sambungan WI-FI serta sudut kanak-kanak.
 

MMM


Menurut Shinya Ikeda, Ketua Pegawai Eksekutif MMM berkata, "selari dengan perancangan perniagaan Mitsubishi Motors, kami terus memajukan pengembangan jaringan pengedar untuk meningkatkan titik sentuhan pelanggan kami dengan lebih baik.

"Menerusi langkah strategik ini, kami mahu meliputi lokasi yang belum diterokai, dan melanjutkan jualan dan perkhidmatan bagi memenuhi permintaan terhadap jenama Mitsubishi yang semakin berkembang.

"Kami mahu memastikan para pelanggan kami mempunyai liputan dan akses kepada pusat pameran dan pusat servis di kawasan mereka," jelasnya lagi.
 

MMM


Pusat 3S Mitsubishi Motors Kluang ini terletak di alamat No. 39, Jalan Tasik Indah 1/1, Taman Tasik Indah, 86000 Kluang, Johor.

Ia dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 pagi hingga 7.00 malam, manakala waktu operasi hari Sabtu bermula dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang, dan dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang untuk hari Ahad.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terletak di Hall 3, lot C301 di Tingkat 1, reruai Mitsubishi Motors Malaysia akan mempamerkan dua…
Berita Domestik
Di bawah program Max Certified, pelanggan boleh menyemak imbas pelbagai model pra-milik Mitsubishi…
Berita Domestik
Pusat 4S baharu itu bakal meningkatkan identiti jenama Mitsubishi Motors dengan mesej jenama…