Mitsubishi Triton AT Premium 2024, lebih sporti, unit terhad, dari RM135,900

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi telah memperkenalkan varian Triton AT Premium yang telah dinaiktaraf dan boleh didapati dalam unit terhad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan yang lebih sporti, rekaan pelekat badan, tayar Yokohama Geolander AT G015 bersaiz 18 inci, diikuti dengan sports bar dan visor.
 

rim


Tidak ketinggalan, plet ambang pintu bercahaya serta rekaan penghadang kepala serba baharu.

Tiada sebarang perubahan pada unit enjin, bermakna Triton AT Premium masih kekal dengan nadi diesel turbo MIVEC 2.4 liter menghasilkan 181 PS dan 430 Nm, dilengkapi dengan teknologi Variable Valve Timing (VVT).
 

rim


Ciri keselamatan termasuklah sistem brek ABS, Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Aktif (ASC), Kawalan Cengkaman (TC),  Peringatan Waktu Berehat, Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Bantuan Kestabilan Trailer (TSA).

Mitsubishi Triton AT Premium versi naik taraf ini boleh didapati dengan harga jualan bermula dari RM135,900.
 

triton


Bermula 27 Januari ini, MMM akan mengadakan kempen jelajah Roar of a Champion dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang di lokasi berikut:
 

No.

Tarikh

Pusat Pameran

Alamat

1

27 January

Lajina Motors Sdn Bhd

(Kuala Terengganu)

Lot 22049, Banggol Beruas, Mukim Kuala Nerus, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

2

3 February

Okuan Motors Sdn Bhd (Kuantan)

Lot 2104, Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang

3

4 February

Auto Raya Timur Sdn Bhd (Temerloh)

Lot 9301 & 9297, Batu Tiga, Jalan Mentakab, 28000 Temerloh, Pahang

4

17 February

EON Auto Mart Sdn Bhd (Johor Bahru)

No. 197-A, Jalan Skudai Kiri, Batu 4 1/2, Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor

5

18 February

MM Supreme Sdn Bhd (Johor Bahru)

4C, PLO 136, Jalan Angkasa Mas 2, Kawasan Perindustrian Tebrau 2, 81100 Johor Bahru, Johor

6

24 February

Sing Kwung Jidosha Sdn Bhd (Melaka)

No. 2B, Jalan IMJ1, Taman Industri Malim Jaya, 75250 Malacca

7

25 February

Ban Lee Heng Motor (Nilai) Sdn Bhd (Nilai)

Lot 27447, Jalan BBN 5/1a, Bandar Nilai Utama, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

 

Selain dapat melihat Triton AT Premium, pelanggan juga dapat menyaksikan replika jentera Triton yang menjadi juara Asia Cross Country Rally 2022, serta hadiah eksklusif berupa beg Thous Winds apabila menempah kereta Mitsubishi baharu.
 

Mitsubishi Triton AT Premium 2024

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S baharu ini menjadikan jaringan pengedar Mitsubishi Motors bertambah kepada 59…
Berita Domestik
Kedua-dua pusat 3S ini dikendalikan oleh JM Auto Gallery dan membawakan identiti jenama global…
Berita Domestik
Bertempat di Dataran Karnival, Perkarangan Shah Alam, Selangor, kemasukan adalah percuma dan dibuka…