EON Auto Mart naik taraf - pindah ke Pusat 3S Mitsubishi Kuching

oleh Firdaus Razani|
MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM), selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, bersama pengedar sah EON Auto Mart (EAM), berpindah ke bilik pameran 3S baharu di Kuching.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching yang terletak di Lot 852, Seksyen 64, Daerah Tanah Pekan Kuching, 93450, Kuching Sarawak.

Pusat 3S tersebut dibina dengan keluasan seluas 18,000 kaki persegi,  serta hadir dengan rupa yang segar dan selaras dengan identiti jenama Mitsubishi Motors, dengan mesej jenama global 'Drive Your Ambition'.

Pusat 3S itu dilengkapi dengan pusat servis yang serba lengkap dengan sembilan ruang servis yang sedia untuk melayani setiap kereta Mitsubishi.

Tambahan itu, ia menempatkan ruang istirahat pelanggan yang selesa dengan WIFI dan sudut kanak-kanak.

 

mmm

 

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata “Langkah strategik ini adalah untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan lebih baik kerana kami melihat potensi besar untuk pertumbuhan perniagaan di sini di Sarawak”

Ketika ini, EON Auto Mart telah mempunyai lapan bilik pameran Mitsubishi Motors di seluruh negara, dan pengedar itu merupakan salah satu penyumbang utama kepada pencapaian MMM dengan Mitsubishi XPANDER sebagai MPV bukan negara No. 1.

EON Auto Mart, Kuching dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 7.00 malam, Sabtu, 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan Ahad, 8.30 pagi hingga 5.00 petang.